Translate

08 April 2025

Kes buli MRSM: Polis rekod keterangan lima pelajar

 




Kes buli MRSM: Polis rekod keterangan lima pelajar

Bernama

08/04/2025


Sebelum ini tular rakaman video memaparkan sekumpulan pelajar lelaki menghempap kepala dan badan seorang pelajar lain dalam keadaan tertiarap di atas katil. - Gambar fail


NIBONG TEBAL: Polis merekodkan keterangan lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, dipercayai terlibat dalam kes buli yang tular di media sosial sejak semalam.

Polis merekodkan keterangan lima pelajar MRSM yang dipercayai terlibat dalam kes buli yang tular di media sosial, dengan dua lagi pelajar akan direkodkan keterangan dalam masa terdekat.

Kes buli ini melibatkan tujuh pelajar tingkatan tiga, termasuk mangsa dan perakam, dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Jawatankuasa disiplin MRSM mengesyorkan pelajar terlibat dalam kes buli ini ditamatkan pengajian daripada maktab tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan DSP Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata keterangan semua pelajar berusia 15 tahun itu direkodkan hari ini, untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan siasatan, tujuh pelajar tingkatan tiga terlibat dalam kejadian itu termasuk mangsa dan perakam.

"Setakat ini lima sudah direkodkan keterangan manakala dua lagi akan direkodkan keterangan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Norazmi berkata pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan dalam masa terdekat sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

Sebelum ini, polis mengesahkan video berdurasi satu minit 31 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang pelajar dibuli di asrama, berlaku di sebuah MRSM di Seberang Perai Selatan pada pertengahan tahun lepas.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini, berkata jawatankuasa disiplin MRSM mengesyorkan pelajar terlibat kes buli itu ditamatkan pengajian daripada maktab itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Suami isteri direman kes dera bayi berusia dua bul' 6 mins ago
A visitor from New york viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 8 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bodø/Glimt 0-2 Tottenham Hotspur | Europa League 2' 9 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 9 mins ago
A visitor from Jelutong viewed 'Enam kenderaan dirampas, cubaan seludup petrol ber' 15 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 17 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 17 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PGA gagalkan cubaan seludup ketum, 12 individu dit' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Disney Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah | B' 56 mins ago