Translate

10 April 2025

Dua penerbitan dikenakan tindakan perintah larangan bawah Akta 301



Dua penerbitan dikenakan tindakan perintah larangan bawah Akta 301

Bernama

10/04/2025


Dua penerbitan yang dilarang itu adalah The Goal of The Wise: The Gospel of The Riser of The Family of Mohammed oleh Abdullah Hashem dan Suka Duka Perjalanan Dhul-Qarnain/ Cyrus The Great dan Iskandar Agung. - Foto Sinar Harian


PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) berkuat kuasa pada 10 Mac lepas terhadap dua tajuk penerbitan yang mungkin memudaratkan ketenteraman dan kepentingan awam.

KDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan dua tajuk itu adalah The Goal of The Wise: The Gospel of The Riser of The Family of Mohammed oleh Abdullah Hashem dan Suka Duka Perjalanan Dhul-Qarnain/ Cyrus The Great dan Iskandar Agung.

"Tindakan Perintah Larangan bagi kedua-dua hasil penerbitan berkenaan adalah selaras dengan peruntukan bawah subseksyen 7(1) Akta 301.

"Akta itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan berkenaan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau kepentingan awam dilarang secara mutlak di Malaysia," menurut kenyataan itu.

KDN memaklumkan Perintah Larangan bawah Akta 301 itu berasaskan konsep kawalan dan pencegahan sebelum suatu ancaman atau kemudaratan itu berlaku.

"Pada masa sama, masyarakat turut mendapat pendedahan dan kesedaran mengenai hasil-hasil penerbitan yang tidak diingini dan tidak sesuai untuk bacaan umum," menurut kenyataan itu.

KDN turut mengingatkan bahawa berdasarkan peruntukan di bawah subseksyen 8(2) Akta 301, individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluarkan, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan.

"Berdasarkan peruntukan berkenaan, individu terbabit boleh disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

"Kerajaan ingin menyatakan komitmen berterusan untuk melaksanakan tindakan kawal selia dan penguatkuasaan terhadap mesin cetak dan penerbitan khususnya bagi mencegah penyebaran elemen, fahaman mahupun gerakan yang boleh menggangu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam," menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut berkaitan hasil penerbitan yang telah dikenakan tindakan Perintah Larangan bawah Akta 301 juga boleh diakses menerusi laman sesawang rasmi KDN atau portal Perundangan Persekutuan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 31 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 3 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 4 hrs 9 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 4 hrs 25 mins ago