Translate

18 April 2025

'Bella wanita luar biasa, terima kasih kerana bersama saya' - Syed Saddiq






Keputusan rayuan Syed Saddiq ditangguh, pengurusan kes ditetap 24 April

Syed Saddiq merayu mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta atas kesalahan berkaitan dana Armada. 

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan tarikh lain iaitu pada 24 April hadapan bagi pengurusan kes rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bagi mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Perkara itu dimaklumkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim sebentar tadi.

“Kami perlu masa untuk meneliti hujahan, dan menetapkan 24 April sebagai tarikh pengurusan kes dan tarikh keputusan,” jelasnya.


Terdahulu, prosiding dimulakan dengan hujahan pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin dan Farah Ezlin Yusop Khan.

Ia disusuli dengan hujahan pihak pembelaan diwakili Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Keputusan rayuan Syed Saddiq ditangguhkan ke 24 April ini

Syed Saddiq kini merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November lalu yang mensabitkannya atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram melibatkan dana Armada.

Beliau dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta, namun pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Actor Zul Ariffin has claimed that a viral s*x vid' 38 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 3 hrs 34 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 4 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 6 hrs 17 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 6 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 7 hrs 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 7 hrs 55 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 8 hrs 2 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 8 hrs 5 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 8 hrs 12 mins ago