Translate

18 April 2025

Malaysia sasar 4.3 juta pelancong Indonesia pada 2025 - Tourism Malaysia

 Malaysia sasar 4.3 juta pelancong Indonesia pada 2025 - Tourism Malaysia

Bernama

17/04/2025 20:30 MYT



Malaysia sasar 4.3 juta pelancong Indonesia pada 2025 - Tourism Malaysia

Malaysia menyasarkan ketibaan lebih 4.3 juta pelancong dari Indonesia pada 2025. - Foto hiasan/BERNAMA

SURABAYA (Jawa Timur): Malaysia menyasarkan ketibaan lebih 4.3 juta pelancong dari Indonesia pada 2025, berdasarkan permintaan perjalanan serantau yang kukuh dan kesalinghubungan udara yang diperluas, dengan unjuran menunjukkan peningkatan kepada 4.7 juta pelawat pada 2026.

Sasaran itu yang didedahkan oleh Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Yeoh Soon Hin semasa jerayawara untuk mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 di sini, mewakili usaha diperbaharui untuk meningkatkan ketibaan pelancong daripada antara pasaran sumber paling penting di Malaysia.

Setakat Februari tahun ini, lebih 770,000 warga Indonesia telah melawat Malaysia, peningkatan hampir 15 peratus berbanding tempoh sama pada 2024, didorong oleh hubungan dua hala yang kukuh dan minat berterusan terhadap Malaysia sebagai destinasi percutian.



"Indonesia kekal sebagai sumber pelancong kedua terbesar kami. Kami melihat ini sebagai petanda menunjukkan pemulihan kukuh pascapandemik serta minat yang semakin meningkat terhadap tawaran Malaysia," kata Yeoh dalam taklimat media di sini pada Khamis.

Beliau berkata hubungan udara antara kedua-dua negara kini berada pada tahap tertinggi dengan 591 penerbangan terus setiap minggu dengan lebih 106,000 tempat duduk tersedia, menjadikan Malaysia lebih mudah diakses berbanding sebelum ini bagi pengembara dari Indonesia.

Bagi menggalakkan lagi perjalanan, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu turut menawarkan pelbagai geran dan pakej nilai tambah yang direka bagi mengurangkan kos dan meningkatkan kemudahan.

Ini termasuk Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa dan Carter (GSPC), kempen kolaboratif dengan platform perjalanan dalam talian serta insentif untuk kumpulan mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).

Pelancongan perubatan juga menjadi tumpuan utama, dengan pakej menarik dari hospital-hospital Malaysia dipromosikan untuk menjadikan pemeriksaan dan prosedur kesihatan lebih mudah diakses oleh pesakit Indonesia.

"Kami mengetengahkan taman tema yang meriah dan destinasi membeli-belah yang menarik, semuanya dirangsang oleh acara jualan di seluruh negara seperti Jualan Super Malaysia dan Jualan Akhir Tahun yang mendapat sokongan padu daripada peruncit, hotel dan syarikat penerbangan," kata Yeoh.

Pengerusi Persatuan Industri Pelancongan Indonesia (ASPPI) di Jawa Timur, Eko Mujiono yang menyambut baik inisiatif itu berkata industri pelancongan tempatan bersedia menyokong usaha itu.

"Kami bersedia untuk bekerjasama dalam meningkatkan jumlah pelancong Indonesia yang melawat Malaysia, bekerja melalui rangkaian kami di seluruh Jawa Timur, termasuk promosi pakej pemeriksaan perubatan. Dengan sehingga 11 penerbangan terus sehari, potensi itu ada," katanya.

Pada masa ini, terdapat sehingga sembilan penerbangan harian dari Surabaya ke Kuala Lumpur dengan laluan tambahan ke destinasi lain seperti Johor dan Pulau Pinang, seterusnya meningkatkan lagi kebolehcapaian.

Yeoh pada jerayawara itu turut disertai Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa Asia Tenggara Tourism Malaysia Salinda Sany dan Pengarah Tourism Malaysia Jakarta Hairi Mohd Yakzan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Seorang Maut, Dua Parah Motosikal Berlanggar Ketik' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu e-Hailing Minta Remaja Perempuan Buka Tudu' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Ganja RM1 juta dalam bot fiber ditinggalkan di mua' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video Fathia Latiff Menari dengan g*ya yang sunggu' 4 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 6 hrs 29 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 7 hrs 56 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 8 hrs 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 9 hrs 14 mins ago