Translate

25 December 2024

Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ



Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ

Bernama

25/12/2024


Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu, menggantikan Wong Tat Meng yang akan meninggalkan pasukan pada 31 Disember. -X @TeamLZJ


KUALA LUMPUR: Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.

Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu, menggantikan Wong Tat Meng yang akan meninggalkan pasukan pada 31 Disember.

Kay Bin, bekas pemain kebangsaan dengan pengalaman luas, akan meneruskan kemajuan karier Zii Jia ke fasa seterusnya. Beliau merupakan naib juara Kejohanan Remaja Dunia 1998 dan pemenang pingat gangsa Kejohanan Asia 2007.

Kay Bin adalah jurulatih ketiga Zii Jia sejak beliau menjadi pemain profesional pada 2022, selepas Tat Meng dan Indra Wijaya.

Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.

"Selamat datang kepada ketua jurulatih baharu kami Yeoh Kay Bin. Kay Bin, bekas pemain kebangsaan membawa bersama pengalaman luas sebagai jurulatih di dalam dan luar negara.

"Beliau menyertai pasukan ini untuk meneruskan kemajuan karier Zii Jia ke fasa seterusnya," menurut satu hantaran di X @TeamLZJ hari ini.
.
Untuk rekod, Kay Bin merupakan naib juara Kejohanan Remaja Dunia 1998 di Melbourne dan memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Asia 2007 di Johor Bahru.

Pada 6 Dis, Team LZJ mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng bakal meninggalkan pasukan untuk memulakan fasa baharu dalam kerjaya kejurulatihannya.

Tat Meng yang membimbing Zii Jia meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024, terus berkhidmat dengan pasukan sehingga kontraknya tamat secara rasmi pada 31 Dis.

Kay Bin bakal menjadi jurulatih ketiga yang membimbing perjalanan karier Zii Jia, menggantikan Tat Meng dan Indra Wijaya dari Indonesia, selepas juara All-England 2021 itu membuat keputusan menjadi pemain profesional pada 2022.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED