Translate

10 October 2022

Pemilik akaun Twitter muat naik video berkaitan TYT Melaka dibebaskan

 Pemilik akaun Twitter muat naik video berkaitan TYT Melaka dibebaskan

Bernama

Oktober 10, 2022 Pemilik akaun Twitter muat naik video berkaitan TYT Melaka dibebaskan

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata lelaki berkenaan dibebaskan kira-kira 11.30 malam tadi, selepas keterangan beliau selesai direkodkan. - Gambar fail

Pemilik akaun Twitter muat naik video berkaitan TYT Melaka dibebaskan

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata lelaki berkenaan dibebaskan kira-kira 11.30 malam tadi, selepas keterangan beliau selesai direkodkan. - Gambar fail

ALOR GAJAH: Pemilik akaun Twitter menggunakan nama Jay Jay Denis, yang ditahan berkaitan hantaran video dimuat naik di media sosial berkenaan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, dibebaskan semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata lelaki berkenaan dibebaskan kira-kira 11.30 malam tadi, selepas keterangan beliau selesai direkodkan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

"Pemilik akaun twitter berkenaan dibawa dari Klang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah oleh sepasukan polis dari IPD ini, bagi membantu siasatan berkaitan satu laporan polis yang dibuat ke atasnya, ekoran hantaran video yang dimuat naik di media sosialnya itu pada 6 Sept lepas.



"Pemilik akaun berkenaan telah dibebaskan malam tadi, setelah memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu, dalam proses melengkapkan siasatan berkenaan, semua pihak diminta tidak mengeluarkan sebarang spekulasi yang mengelirukan, bagi memberi ruang siasatan yang adil dan telus dijalankan ke atas kes tersebut.


Semalam media melaporkan seorang pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang merupakan pemilik akaun Twitter tersebut, ditahan polis malam tadi.

Lelaki itu ditahan dipercayai bagi membantu siasatan berhubung hantaran di Twitter miliknya mengenai konvoi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam pada bulan lepas.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED