Translate

10 October 2022

Masuk bilik pelanggan tanpa kebenaran, pengusaha hotel dipukul, disimbah cat

 Masuk bilik pelanggan tanpa kebenaran, pengusaha hotel dipukul, disimbah cat

Bernama

Oktober 10, 2022Masuk bilik pelanggan tanpa kebenaran, pengusaha hotel dipukul, disimbah cat

Polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada mangsa lelaki warga emas berusia 62 tahun itu pada pukul 3.30 pagi, semalam. - Gambar/ Sinar Harian

Masuk bilik pelanggan tanpa kebenaran, pengusaha hotel dipukul, disimbah cat

Polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada mangsa lelaki warga emas berusia 62 tahun itu pada pukul 3.30 pagi, semalam. - Gambar/ Sinar Harian

JOHOR BAHRU: Seorang pengusaha hotel dipukul dan disimbah cat selepas disyaki memasuki bilik hotel pelanggan tanpa kebenaran di sebuah hotel di sekitar Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada mangsa lelaki warga emas berusia 62 tahun itu pada pukul 3.30 pagi, semalam.





Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam bersama Balai Polis Desa Cemerlang telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun di Jalan Tanjong, Taman Desa Cemerlang pada pukul 11.30 malam tadi.



"Susulan itu, dua lagi lelaki tempatan berumur lingkungan 31 hingga 55 tahun ditahan di Jalan Persisiran Seri Alam, Masai kira-kira pukul 3.03 pagi ini.

"Hasil semakan mendapati salah seorang daripada tiga individu yang ditahan itu mempunyai satu rekod jenayah, manakala dua lagi tiada rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya ketiga-tiga lelaki itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Menurut Mohd Sohaimi mangsa yang juga lelaki tempatan, hanya mengalami cedera ringan.

Terdahulu, polis mengesan sebuah video tular berdurasi satu minit 44 saat melalui aplikasi WhatsApp yang memaparkan seorang lelaki tempatan dipukul dan disimbah cat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED