Translate

04 August 2022

Tun M bakal tubuh gagasan baharu berteraskan agenda Melayu, Islam

Tun M bakal tubuh gagasan baharu berteraskan agenda Melayu, Islam

Bernama

Ogos 4, 2022 Tun M bakal tubuh gagasan baharu berteraskan agenda Melayu, Islam

Dr Mahathir menyampaikan ucapan selepas menunaikan Solat Hajat dan Doa Selamat bersama parti-parti gagasan baharu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, 3 Ogos 2022. --fotoBERNAMA

Tun M bakal tubuh gagasan baharu berteraskan agenda Melayu, Islam

Dr Mahathir menyampaikan ucapan selepas menunaikan Solat Hajat dan Doa Selamat bersama parti-parti gagasan baharu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, 3 Ogos 2022. --fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Satu gagasan baharu berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan.

Pada majlis solat hajat dan doa selamat di sini malam tadi, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberi bayangan mengenai penubuhan sebuah gagasan dalam usaha menyatupadukan semula kaum Melayu untuk berjuang mempertahan Malaysia.

backup_ads

"Ini merupakan suatu kumpulan Orang Melayu beragama Islam. Langkah ini perlu diambil jika ingin selamatkan negara kita, bangsa kita, agama kita," katanya.



Turut hadir barisan pemimpin serta anggota Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali pula berkata Dr Mahathir dijangka mengumumkan penubuhan gagasan itu di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur pada Khamis.


Beliau berkata gagasan itu akan melibatkan beberapa parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED