Translate

25 May 2022

HFMD: N. Sembilan catat 2,876 kes setakat semalam

HFMD: N. Sembilan catat 2,876 kes setakat semalam

Bernama

Mei 25, 2022 


HFMD: N. Sembilan catat 2,876 kes setakat semalam
Peningkatan kes yang ketara di negeri ini pada tahun ini berbanding tahun lepas berikutan pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat awam. - Freeimages


HFMD: N. Sembilan catat 2,876 kes setakat semalam

Peningkatan kes yang ketara di negeri ini pada tahun ini berbanding tahun lepas berikutan pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat awam. - Freeimages

SEREMBAN: Negeri Sembilan merekodkan 2,876 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sejak Januari hingga semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Beliau berkata kumulatif kes pada minggu epidemiologi 20/2022 yang berakhir pada 21 Mei lepas adalah 989 kes iaitu peningkatan tiga kali ganda berbanding minggu sebelumnya.

backup_ads

"Seremban mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,643 kes, diikuti Port Dickson (353), Jempol (298), Rembau (265), Tampin (131), Kuala Pilah (116) dan Jelebu (70).



"Kumulatif wabak HFMD di Negeri Sembilan pada tahun ini adalah 46 wabak dengan 16 wabak masih aktif iaitu sembilan di Jempol, tiga di Seremban, dua di Port Dickson manakala masing-masing satu di Rembau dan Jelebu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata daripada 46 wabak itu, 32 wabak atau 69.9 peratus melibatkan tadika atau taska dan perintah penutupan diberikan dengan 11 tadika atau taska masih ditutup.


Veerapan berkata peningkatan kes yang ketara di negeri ini pada tahun ini berbanding tahun lepas berikutan pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat awam.

Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar anak ke sekolah atau pusat jagaan jika mengalami gejala HFMD seperti demam, ulser di mulut, lepuh di tangan atau kaki.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BGT S18 We can't get enough of Jasmine Rice's GOLD' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Penduduk terjejas dak' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '144 projek bernilai RM14 bilion berjaya dilaksana ' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Cabang PKR JB Tuntut Rafizi Mohon Maaf | BES' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 3 hrs 37 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 3 hrs 49 mins ago
A visitor from Perm viewed 'A woman, who was filmed making out with a man in t' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Penduduk terjejas dak' 3 hrs 57 mins ago