Translate

25 May 2022

PM Malaysia, Singapura bertemu di Tokyo bincang pemukiman

 PM Malaysia, Singapura bertemu di Tokyo bincang pemukiman

Bernama

Mei 25, 2022 13:57 MYT


PM Malaysia, Singapura bertemu di Tokyo bincang pemukiman
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Lee Hsien Loong di Tokyo pada Rabu, ketika kedua pemimpin berkenaan berada di ibu negara Jepun itu bagi menghadiri Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia. - Gambar BERNAMA


PM Malaysia, Singapura bertemu di Tokyo bincang pemukiman

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Lee Hsien Loong di Tokyo pada Rabu, ketika kedua pemimpin berkenaan berada di ibu negara Jepun itu bagi menghadiri Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia. - Gambar BERNAMA

TOKYO: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Tokyo pada Rabu, ketika kedua pemimpin berkenaan berada di ibu negara Jepun itu bagi menghadiri Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia.

Kedua pemimpin berkenaan berbincang dalam suasana santai di hotel penginapan mereka dengan antara perkara disentuh adalah mengenai sesi pemukiman pemimpin Malaysia dan Singapura.

backup_ads

"Kita bincang mengenai pemukiman antara Malaysia dan Singapura. Singapura akan jadi tuan rumah pada tahun ini dan antara kita bincang adalah dari segi tarikh," kata Ismail Sabri kepada media Malaysia selepas pertemuan kira-kira setengah jam tersebut.



Menurut perdana menteri, antara tarikh yang dicadangkan untuk pemukiman itu berlangsung adalah akhir September atau awal Oktober.

"(Pemukiman) untuk kita berbincang isu-isu yang mungkin tak selesai lagi, kita akan selesaikan," katanya.


Ismail Sabri dan Lee dijadualkan menyampaikan ucaptama pada persidangan Nikkei itu bersama-sama beberapa ketua negara yang lain pada sesi pagi Khamis.

Mengenai persiapan beliau sempena persidangan itu, Ismail Sabri berkata, ucapannya akan diperincikan bagi membolehkan beliau membawa suara Malaysia pada persidangan berprestij itu.

Persidangan Nikkei yang diadakan sejak 1995 adalah perhimpunan tahunan pemimpin politik dan ekonomi serta ketua industri dari rantau Asia Pasifik. - BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Los banos viewed 'MACC seizes assets, freezes ac' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Auckland viewed 'S'pore models tri' 7 hrs ago
A visitor from Sachsen viewed 'BEST FBKL' 8 hrs 34 mins ago
A visitor from Hurdegaryp viewed 'Mother Of Dutch Model Sues IGP, Government For Neg' 9 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan doktor dipenjara seminggu, denda kerana k' 10 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'N**e Model Falls off Balcony in an Apartment in KL' 16 hrs 45 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'BEST FBKL' 17 hrs 32 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'BEST FBKL' 18 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Security forces directed to monitor the situation-' 21 hrs 13 mins ago
A visitor from Bachok viewed 'Best Curry Mee @ Subang Jaya & Shah Alam By Puregl' 21 hrs 30 mins ago