Translate

23 May 2022

ADC PM Sah kembali ke Bukit Aman, Nik Ezanee teruja mahu berikan terbaik

 Sah kembali ke Bukit Aman, Nik Ezanee teruja mahu berikan terbaik

ASTRO AWANI

Mei 23, 2022 


Sah kembali ke Bukit Aman, Nik Ezanee teruja mahu berikan terbaik
Pegawai Juruiring (ADC) kepada Perdana Menteri, SAC Nik Ezanee Mohd Faisal bakal memulakan tugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bermula Jun depan. - Gambar fail/BERNAMA

Sah kembali ke Bukit Aman, Nik Ezanee teruja mahu berikan terbaik

Pegawai Juruiring (ADC) kepada Perdana Menteri, SAC Nik Ezanee Mohd Faisal bakal memulakan tugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bermula Jun depan. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pegawai Juruiring (ADC) kepada Perdana Menteri, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan beliau bakal kembali bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Jun depan.

Perkara itu dimaklumkan Nik Ezanee ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.


Jelasnya, beliau akan mula bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) bermula 1 Jun ini.

"Saya dah bincang dengan Pengarah JPJKK, saya akan lapor pada 1 Jun depan. Macam saya kata, kepakaran saya dalaman, apa yang ada dalam diri saya patut dicurahkan ke mana-mana jabatan.


"Alhamdulilah, saya teruja, tetapi saya kena pergi sana dan lapor sana dulu di JPJKK dan tengok tugasan apa semua dan lihat apa yang boleh saya sampaikan dan tambah nilai," jelasnya ringkas pada Isnin.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain @Abd Rasid mengesahkan pertukaran bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Selangor itu.

Nik Ezanee sebelum ini pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya sebelum berkhidmat sebagai Pegawai Juruiring (ADC) kepada Perdana Menteri sejak Disember lalu.


PDRM | Sedia ke lapangan, selepas bina pengalaman di PMO


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 2 hrs 23 mins ago