Translate

22 May 2020

KKM DG Press Statement: 78 New Cases - Out of 53 Local Cases only 13 are Malaysians - 25 are Imported from Overseas, 40 Were Non Malaysians

Kenyataan Akhbar KPK 22 Mei 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 63 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,859 kes (82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 22Mei-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 22 Mei 2020 jam 12:00 tengah hari, terdapat 78 kes baharu yang telah dilaporkan. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,137 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,163 kes. Ingin dimaklumkan daripada 78 kes baru yang dilaporkan, 25 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 53 kes penularan tempatan, 40 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 25 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil.

Sehingga kini, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 115 kes (1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-115 (kes ke-3616) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 65 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 3 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mei 2020 jam 2.58 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (8)

RAIKAN HARI RAYA AIDILFITRI DENGAN PEMAKANAN YANG SIHAT DAN SELAMAT

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini pastinya berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini. Namun ini tidak bermakna sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak dapat diraikan dengan semangat yang sama. Malahan, sambutan di rumah sendiri bersama ahli keluarga yang terdekat mungkin dapat memberi makna yang baharu yang lebih mendalam kepada kita semua.

Sebulan berpuasa di bulan Ramadan ketika berlakunya penularan wabak COVID-19 telah mengajar kita semua erti sebenar kesabaran dan pengorbanan. Ramadan telah dilalui dengan norma dan kebiasaan baharu bagi memastikan jangkitan COVID-19 dapat dibendung. Kini KKM menyeru masyarakat untuk menjalani Hari Raya Aidilfitri dan Syawal pula dengan norma dan kebiasaan baharu, dengan mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah disarankan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri sememangnya tidak lengkap tanpa menjamah juadah istimewa Hari Raya. Ini sememangnya menjadi amalan masyarakat Malaysia di Hari Raya. Bagi memastikan juadah ini dapat dinikmati dengan selamat, proses penyediaan makanan perlulah diberi perhatian terutamanya dari segi cara pemasakan yang betul dan selamat. Penyediaan makanan yang selamat turut mencegah keracunan makanan. Sepanjang bulan Syawal tahun 2019, KKM telah menerima laporan 53 episod keracunan makanan melibatkan 1,995 kes.

Susulan itu, KKM menyarankan orang ramai supaya mengamalkan lima (5) kunci keselamatan makanan bagi memastikan makanan yang disediakan untuk ahli keluarga yang tersayang adalah bersih dan selamat iaitu:

  1. Amalkan kebersihan diri dan mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum mengendalikan makanan;
  2. Gunakan bahan mentah yang segar dan air yang bersih;
  3. Gunakan peralatan yang berasingan seperti papan pemotong untuk makanan mentah dan yang telah dimasak;
  4. Masak makanan dengan sempurna dan pastikan ianya dimakan dalam tempoh tidak melebihi empat (4) jam; dan
  5. Simpan makanan pada suhu yang bersesuaian dan tidak melebihi tiga (3) hari di dalam peti sejuk.

Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang haruslah diamalkan pada setiap masa. Sehubungan itu, amalkan 3M iaitu:

  1. Masak di rumah jika boleh. Ini dapat membantu mengawal penggunaan minyak, gula dan garam dalam makanan.
  2. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan.
  3. Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari. Elakkan minuman yang mempunyai kandungan gula tinggi seperti kordial dan minuman berkarbonat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mempunyai sikap dan rasa bertanggungjawab semasa menjalankan sebarang aktiviti di luar mahupun di dalam rumah, termasuk dalam persiapan sambutan Hari Raya. Amalan-amalan seperti berikut perlu terus dijadikan sebagai satu kelaziman kehidupan seharian, seperti:

  • Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala.
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung
    • Jadikanlah perayaan yang bakal tiba sebagai perayaan tertutup antara ahli keluarga di rumah sahaja
    • Lakukan aktiviti disinfeksi;

Patuhlah kepada S.O.P dan nasihat-nasihat yang disarankan oleh pihak KKM iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

22 Mei 2020 @ 4.30 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 22 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(   )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH096
PULAU PINANG0121
PERAK0255
SELANGOR20 (1)1,693
NEGERI SEMBILAN13 (13)791
MELAKA1216
JOHOR0669
PAHANG2341
TERENGGANU0111
KELANTAN0156
SABAH2340
SARAWAK1545
W.P. KUALA LUMPUR39 (11)1,676
W.P. PUTRAJAYA093
W.P. LABUAN016
JUMLAH KESELURUHAN78 (25)7,137

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import



PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

22 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 63 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 5,859 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (82.1% of total cumulative cases).

CONFIRM CASE BY STATE baru 22 Mei-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

22 May 2020, 12 pm – A total of 78 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 7,137 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,163 active and infective COVID-19 cases. Of the 78 additional cases reported today, 25 are imported cases who were infected overseas. Out of the 53 local transmission cases, 40 were non-Malaysians, of which 25 cases were detected at the Bukit Jalil Immigration Detention Centre.

Currently, nine (9) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, five (5) cases are on ventilation support.

Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 115 COVID-19 deaths in Malaysia (1.61% of total cumulative cases):

  1. Death #115: Case 3,616 is a 65 year-old Malaysian man who has a history of diabetes, hypertension and kidney disease. He was admitted into Sungai Buloh Hospital on 3 April 2020 and was pronounced dead on 21 May 2020, 2.58 pm.

MOH conveys condolences to the family members.

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (8)

Celebrate Hari Raya Aidilfitri with Healthy and Safe Food and Drinks

This year’s Hari Raya Aidilfitri celebration is definitely different from the previous years. However, this does not mean that Hari Raya Aidilfitri cannot be celebrated with the same enthusiasm. In fact, celebrating at home with immediate family members may give us a whole new meaning and deeper understanding.

A month of fasting during the month of Ramadan during the COVID-19 pandemic has taught us all the true meaning of patience and sacrifice. Ramadan was experienced under new norms and practices to ensure that COVID-19 infection can be prevented. MOH is now calling on the public to celebrate Hari Raya Aidilfitri and the month of Syawal with new norms and practices, in accordance with all published Standard Operating Procedures (SOPs).

The celebration of Hari Raya Aidilfitri is not complete without the Hari Raya special food and drinks. This is indeed the normal practice of all Malaysians on Hari Raya. In order to ensure that the food and drinks can be enjoyed safely, the process of preparing food and meals should be given attention especially in terms of proper and safe handling and cooking. The safe preparation of food and drinks also prevents food poisoning. During the month of Syawal in 2019, MOH received 53 reports of food poisoning involving 1,995 cases.

Therefore, MOH recommends that the public adopt these five key measures on food safety to ensure that the food provided to family members are safe:

  1. Practice good personal hygiene and wash hands with water and soap before handling food
  2. Use fresh raw ingredients and clean water
  3. Use separate utensils and equipment, such as cutting boards for raw and cooked food
  4. Cook the food thoroughly and make sure it is eaten within four hours
  5. Store food at appropriate temperatures, and for not more than three days in the refrigerator

Healthy and balanced eating habits should be practised at all times. Accordingly, practice the following:

  1. Cook at home if possible. This helps control and minimise the use of oil, sugar and salt in foods
  2. Eat fruits and vegetables daily to improve health
  3. Drink at least eight glasses of plain water a day. Avoid drinks with high sugar content such as cordials and carbonated drinks

Health Advisory on COVID-19

MOH advises the public to be conscientious and take on responsibility for all activities outside and inside of the house, including in preparation for the Hari Raya celebrations. The following practices should continue to be a part of everyday life:

  • Avoid the 3CsCrowded places; Confined spaces; and Close conversations
  • Practice the 3WsWash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Disinfect frequently touched surfaces
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Make the coming celebrations exclusively for family members at home only
    • Perform disinfection activities

Continue to adhere to all the SOPs and MOH advisories, including:

  • TTerms and SOPs set under the Conditional Movement Control Order (CMCO)
  • HiHigh-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • SSafe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the WHO. The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

22 May 2020 @ 4.30 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 22 May 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Perlis018
Kedah096
Pulau Pinang0121
Perak0255
Selangor20 (1)1,693
Negeri Sembilan13 (13)791
Melaka1216
Johor0669
Pahang2341
Terengganu0111
Kelantan0156
Sabah2340
Sarawak1545
WP Kuala Lumpur39 (11)1,676
WP Putrajaya093
WP Labuan016
Total78 (25)7,137

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED