Translate

07 November 2014

Orang ramai mengkritik hebat Operasi Khas yang telah dijalankan oleh JPJ baru-baru ini

JPJ Dikritik Hebat Buat Operasi Khas


Orang ramai mengkritik hebat Operasi Khas yang telah dijalankan oleh JPJ baru-baru ini bagi memeriksa nombor pendaftaran kenderaan, 'strobe light' dan lampu HID serta cermin gelap.

Operasi ini bagaimanapun mendatangkan kritikan dari pengguna jalan raya kerana operasi tersebut menjadi sebab mereka terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas selama 2 jam!

Lebih teruk lagi, ada yang berang dengan operasi tersebut sehingga memanggil operasi ini sebagai bodoh.

Ada juga yang memberi cadangan supaya JPJ membuka kedai nombor plat sendiri kerana berkata banyak kedai luar yang tidak tahu ukuran standard yang telah diletakkan oleh JPJ.


Mungkin kerana hal-hal seperti inilah yang mengundang tanggapan negatif orang ramai kepada JPJ, seperti satu status yang telah dimuat naik oleh seseorang yang menyatakan niatnya terbantut untuk menolong mangsa sebuah kemalangan setelah melihat mangsa kemalangan itu memakai uniform JPJ.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED