Translate

12 September 2014

SCAM ALERT: PENIPUAN GORES DAN MENANG


REPOST: PENIPUAN GORES DAN MENANG
SCAM ALERT:Siapa yang tidak teruja apabila dinyatakan memenangi hadiah yang lumayan hanya dengan menggores sekeping kertas.
Namun, tanpa disedari ia merupakan helah licik sindiket penipuan bagi memperdaya mangsa yang tidak menyedari mereka bakal mengalami kerugian yang lebih besar jumlahnya daripada nilai hadiah yang ditawarkan.
Sindiket penipuan yang memperdaya mangsa menggunakan taktik seperti berikut:
1. Mangsa didatangi suspek serta meminta mangsa memilih kad sedia ada yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan.
2. Suspek biasanya akan berkeliaran mencari mangsa khususnya warga emas di kawasan tumpuan seperti pasar raya dan pusat membeli belah.
3. Mangsa yang kononya ‘bernasib baik’ akan diberi pilihan memilih hadiah yang ditawarkan setelah cabutan dibuat.
4. Mangsa kemudianya diminta datang ke pejabat suspek untuk berunding tentang hadiah yang telah dimenangi.
5. Mangsa dipengaruhi supaya membayar sejumlah wang bagi mendapatkan hadiah tersebut dimana suspek sanggup menemani mangsa mengeluarkan wang di bank sebelum diserahkan.
6. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu selepas mendapati barangan yang diberi tidak berkualiti dan tidak sepadan dengan jumlah wang yang diserahkan.
Nasihat polis
1. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran menarik oleh mana-mana individu yang melakukan peraduan gores dan menang.
2. Jauhi individu tidak dikenali yang menawarkan hadiah istimewa dengan cara mudah.
3. Laporkan kegiatan gores dan menang kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED