Translate

11 September 2014

Ibu tarik balik laporan anak hilang bongkar rahsia.

Kulim: Tanda tanya tindakan seorang wanita tiba-tiba mahu menarik semula laporan kehilangan anak lelakinya berusia lima tahun terjawab berikutan penemuan mayat kanak-kanak terbabit di ladang kelapa sawit di Bukit Selambau, Sungai Petani, dekat sini, awal pagi semalam sejurus penahanan teman lelakinya, kelmarin. Sebelum itu, wanita berusia 36 tahun membuat laporan polis mengenai kehilangan kanak-kanak berkenaan pada 11 Ogos lalu di Balai Polis Sungai Karangan, di sini, bagaimanapun menarik semula laporan pada 5 September lalu kerana mendakwa anaknya berada dalam keadaan sihat bersama teman lelakinya berusia 40-an. Difahamkan, mangsa yang juga anak tunggal dipercayai dipukul lelaki terbabit kerana menimbulkan rasa kurang selesa kepada suspek disebabkan kerap menangis.
Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui di tepi pokok kelapa sawit di ladang berkenaan tiga kilometer dari jalan utama oleh pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kedah yang melakukan pencarian jam 1 pagi.
Ketua Polis Daerah Superintendan Abdullah Arshad berkata, berikutan itu pihak polis menjalankan siasatan lanjut lalu menahan lelaki berkenaan, kelmarin kerana curiga dengan tindakan wanita terbabit menarik semula laporan polis yang dibuat mengenai kehilangan anak lelakinya.
Menurutnya, soal siasat ke atas suspek membongkar misteri kehilangan mangsa apabila lelaki berkenaan membawa pihak polis ke sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Selambau, Sungai Petani, malam kelmarin ke tempat dia dipercayai menanam mayat kanak-kanak berkenaan.
Kejadian ini terbongkar selepas ibu mangsa menarik balik laporan mengenai kehilangan anaknya pada 5 September lalu dengan memberi alasan kanak-kanak itu kini sihat bersama teman lelakinya.
Hasil siasatan lanjut dijalankan pihak polis kemudian mengesyaki sesuatu berlaku lalu menahan seorang lelaki yang juga teman lelaki ibu mangsa sebelum dia (suspek) membawa ke lokasi penemuan mayat kanak-kanak itu.
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul oleh suspek sehingga menyebabkan kematiannya, namun pihak polis perlu menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian sebenar kanak-kanak berkenaan,” katanya.
Difahamkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mendapat tempoh tahanan reman ke atas suspek sehingga 16 September depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi perkarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dengan kehadiran ahli keluarga kanak-kanak terbabit sejurus mayat mangsa yang dibawa menaiki kenderaan polis tiba dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani pada jam 10.55 pagi.
Malah, ahli keluarga kanak-kanak terbabit turut dilihat mengalirkan air mata sambil memerhatikan mayat diusung masuk ke dalam bilik untuk proses bedah siasat.
Bagaimanapun, cubaan wartawan menemu bual keluarga mangsa gagal apabila seorang lelaki dipercayai bapa saudara mangsa enggan mengulas lanjut mengenai kejadian.
Saya tidak mahu memberi apa-apa komen kerana kes ini masih di dalam siasatan polis. Saya menyerahkan semuanya kepada polis untuk menjalankan siasatan secara terperinci,” katan

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED