JIM nafi keluarkan arahan kawal agihan daging korban
BULETINTV3
07 Jun 2025
Kenyataan palsu yang tular di media sosial – FOTO NSTPKUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (JIM) menafikan penularan satu kenyataan bertarikh 5 Jun, Khamis, yang dikaitkan dengan pihaknya berhubung garis panduan pengagihan daging korban di masjid sempena sambutan Aidiladha.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JIM, Ismail Mokhtar memberitahu, pihaknya mengambil maklum mengenai penularan kenyataan itu dan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau panduan seperti yang dinyatakan dalam kenyataan berkenaan.
“Untuk makluman, kenyataan berkenaan adalah tidak benar dan tidak dan tidak pernah dikeluarkan oleh JIM. Pihak kami tidak mengeluarkan sebarang arahan atau panduan sebagaimana yang dinyatakan dalam kenyataan berkenaan.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada saluran rasmi jabatan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih,” menurutnya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ujarnya lagi, JIM menghargai kerjasama semua pihak dalam menyalurkan dan berkongsi maklumat sahih.
Pihaknya juga memandang serius penyebaran maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan awam.
Terdahulu, tular kenyataan mempunyai lambang rasmi JIM yang mendakwa sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, JIM akan menjalankan pemantauan ketat terhadap aktiviti pengagihan daging korban di semua masjid di seluruh negara.
Kenyataan itu mendakwa ia selaras dengan arahan dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.