Translate

24 April 2025

Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' menerusi BSN SSP



Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' menerusi BSN SSP

Bernama

24/04/2025


Roswani bercadang menunaikan umrah bersama adik-beradik yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci, selain bersedekah daripada rezeki yang dimiliki. - Bernama


KOTA BHARU: Seorang tukang jahit dari Kampung Chempaka di sini, Roswani Ismail, 56, tidak menyangka akan bergelar 'jutawan segera' apabila diumumkan sebagai pemenang cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) ke-110.

Roswani berkata beliau terkejut apabila menerima panggilan daripada pegawai BSN pada hari keempat sambutan Aidilfitri, 3 April lalu, yang memaklumkan bahawa beliau terpilih sebagai pemenang cabutan BSN SSP bernilai RM1 juta.

"Pada mulanya saya tidak percaya, tetapi pegawai itu berusaha meyakinkan saya dan meminta saya hadir ke pejabat BSN. Alhamdulillah, memang sah saya yang terpilih.

"Wang kemenangan ini akan terus saya simpan dalam akaun BSN SSP kerana ingin menggandakan lagi simpanan untuk masa depan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Menurut Roswani, beliau mula menyimpan dalam akaun BSN sejak lebih 20 tahun lalu dan beralih kepada BSN SSP sejak tiga tahun kebelakangan ini demi menjamin masa depan yang lebih teratur.

"Menyimpan dalam BSN SSP menjadikan saya lebih berdisiplin. Kalau simpan dalam akaun biasa, duit mudah dikeluarkan. Tapi dengan BSN SSP, niat memang untuk simpanan jangka panjang, jadi kita lebih berhati-hati," katanya.

Roswani berkata sumber simpanannya adalah daripada hasil upah menjahit dan wang simpanan semasa bekerja sebagai jurujual di sebuah butik, dengan jumlah simpanan antara RM100 sebulan atau lebih, bergantung kepada kemampuan.

Katanya beliau bercadang menunaikan umrah bersama adik-beradik yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci, selain bersedekah daripada rezeki yang dimiliki.

"Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada BSN kerana menyediakan peluang seperti ini kepada penyimpan.

"Nasihat saya kepada semua, teruskan menyimpan secara konsisten kerana peluang sentiasa ada dan simpanan ini juga untuk masa depan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 6 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 6 hrs 13 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 6 hrs 59 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 6 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 7 hrs 44 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 7 hrs 57 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 8 hrs 7 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Trump verbally sparring with reporter on accepting' 8 hrs 14 mins ago