Translate

14 April 2025

Kestabilan, kekuatan dalaman asas penting bagi Malaysia mainkan peranan - PM Anwar



Kestabilan, kekuatan dalaman asas penting bagi Malaysia mainkan peranan - PM Anwar

Bernama

14/04/2025


Anwar berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MOF) di Putrajaya hari ini. - Foto Kementerian Kewangan


PUTRAJAYA: Kestabilan dan kekuatan dalaman negara merupakan asas penting bagi Malaysia memainkan peranan bermakna di peringkat serantau dan antarabangsa, termasuk dalam kerangka kerjasama ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata hasrat murni untuk membantu negara-negara lain seperti Myanmar atau Gaza, tidak akan dapat direalisasikan sekiranya Malaysia sendiri gagal mengurus negara secara telus dan berkesan.

"Kalau negara kita tidak stabil, tidak diurus dengan baik, fokus hanya kepada kekayaan peribadi dan keluarga, maka sebarang hasrat murni untuk membantu negara seperti Myanmar atau Gaza tidak akan bermakna," katanya.

Dalam ucapannya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MOF) di sini hari ini, Anwar turut menyeru kepada amalan tadbir urus yang baik serta pengurusan ekonomi yang berkesan sebagai asas bagi memperkukuh peranan Malaysia dalam ASEAN.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada warga MOF atas kejayaan menganjurkan Sidang Menteri-Menteri Kewangan ASEAN minggu lepas yang berlangsung dengan lancar dan berkualiti tinggi.




Anwar berkata mutu perbincangan serta fokus kepada isu-isu besar menjadikan kejayaan penganjuran Sidang Menteri-Menteri Kewangan ASEAN itu sebagai satu pencapaian membanggakan buat Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.

"Kepada Menteri (Kewangan) II Datuk Seri Amir Hamzah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican serta timbalan-timbalan dan semua pihak terlibat, tahniah saya ucapkan," katanya.

Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 yang berakhir baru-baru ini berjaya mengukuhkan integrasi dan kerjasama kewangan di rantau ini.

AFMGM dan mesyuarat berkaitan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 7 hingga 10 April lepas dengan kehadiran kira-kira 300 delegasi, terdiri daripada menteri kewangan ASEAN, gabenor bank pusat, pegawai daripada institusi kewangan antarabangsa dan wakil sektor swasta.

Dalam konteks hala tuju ASEAN, Anwar menegaskan keperluan untuk menumpukan perhatian kepada isu-isu dalam kawalan dan keupayaan rantau ini, seperti memperkukuh kerjasama ekonomi intra-ASEAN, berbanding konflik antarabangsa yang sukar diselesaikan.

Beliau memberi contoh inisiatif konkrit seperti peluasan penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan serantau, termasuk melalui mekanisme seperti Inisiatif Chiang Mai (Chiang Mai Initiative - CMI).

"Kita mulakan (dengan) sekitar 20 peratus daripada urusan dagang (di antara Malaysia) dengan Indonesia dengan Thailand, kini menggunakan mata wang tempatan. Ini kejayaan-kejayaan awal, tetapi ruang untuk berdagang antara negara-negara masih besar dan ruang untuk mengembangkan perdagangan antara negara-negara ASEAN masih luas," katanya.

CMI merupakan rangka kerja pertukaran mata wang antara 10 negara ASEAN bersama China, Jepun dan Korea Selatan (ASEAN+3), yang ditubuhkan pasca Krisis Kewangan Asia 1997 bagi mengukuhkan jaringan keselamatan kewangan serantau.

Anwar turut mengimbas visi asal penubuhan ASEAN oleh pemimpin terdahulu termasuk Perdana Menteri Malaysia ke-2 Allahyarham Tun Abdul Razak, yang mahu menjadikan Asia Tenggara sebagai zon aman dan berkecuali daripada pengaruh kuasa besar semasa era Perang Dingin.

"Kini kita sebut prinsip centrality, iaitu menjaga hubungan baik dengan semua pihak tanpa mengorbankan kepentingan negara dan rantau kita," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rio de janeiro viewed 'Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, ' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar | BEST FB' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur direman ' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Lebih 2.75 Juta Warga Singapura Memilih Hari Ini |' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 2 hrs 30 mins ago