Translate

08 April 2025

Isu 3R: MCMC buka empat kertas siasatan, pempengaruh politik antara disiasat



Isu 3R: MCMC buka empat kertas siasatan, pempengaruh politik antara disiasat

Bernama

08/04/2025


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah membuka empat kertas siasatan terhadap dua individu yang didapati memuat naik kandungan palsu dan jelik melampau berunsur 3R di platform Facebook dan TikTok.


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka empat kertas siasatan terhadap dua individu yang didapati memuat naik kandungan palsu dan jelik melampau berunsur 3R (perkauman, agama dan institusi diraja) di platform Facebook dan TikTok.

MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan, sesi rakaman percakapan terhadap kedua-dua individu tersebut telah dijalankan pada Isnin di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya bagi membantu siasatan lanjut.

"Salah seorang daripada dua individu tersebut merupakan pempengaruh dan aktivis politik yang menimbulkan sentimen perkauman di media sosial, melibatkan lagu kebesaran Negeri Perak, penguasaan ekonomi orang Melayu menerusi pemecahan monopoli Petronas dan Gas Malaysia Berhad serta isu pengambilalihan Menara Kuala Lumpur," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut satu unit telefon bimbit dan satu kad SIM milik salah seorang suspek telah disita bagi tujuan analisis forensik.

Bagi seorang lagi suspek, MCMC memaklumkan, telefon bimbit miliknya telah disita oleh pihak polis bagi siasatan berkaitan kesalahan yang berbeza.

Menurut MCMC, kes disiasat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan platform media sosial dengan penuh tanggungjawab dan berhemah serta tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang kandungan berunsur 3R yang boleh mengancam keharmonian kaum dan agama di negara ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '144 projek bernilai RM14 bilion berjaya dilaksana ' 22 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Cabang PKR JB Tuntut Rafizi Mohon Maaf | BES' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Perm viewed 'A woman, who was filmed making out with a man in t' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Penduduk terjejas dak' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Dallas viewed 'PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2' 3 hrs ago
A visitor from Sachsen viewed 'Perdana Menteri dijadual rasmi majlis penutupan PM' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Warga Emas Dilanggar Di Restoran Makanan Segera Me' 3 hrs 9 mins ago