Translate

10 April 2025

ASEAN suara kebimbangan perniagaan antarabangsa di rantau ini akan terjejas oleh tarif AS



ASEAN suara kebimbangan perniagaan antarabangsa di rantau ini akan terjejas oleh tarif AS

Bernama

10/04/2025


Amir Hamzah bersama ketua delegasi dari negara ASEAN dan Timor-Leste, bergambar ramai selepas hadir pada Pemukiman Menteri Kewangan ASEAN di Merdeka 118, Kuala Lumpur, 9 Apr 2025. --fotoBERNAMA


KUALA LUMPUR: Hari ketiga Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 dan mesyuarat berkaitan, menyaksikan perbincangan produktif antara menteri ASEAN dan majlis perniagaan utama.

Perbincangan mereka kebanyakannya menyentuh mengenai kebimbangan kenaikan tarif yang dikenakan oleh Washington akan menjejaskan perdagangan dan pelaburan sektor Amerika, Eropah dan swasta di pasaran Asia Tenggara.

Terdapat tiga mesyuarat pada sesi pagi yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour yang turut berkongsi sentimen yang sama dengan delegasi.

Majlis perniagaan utama yang mengambil bahagian dalam mesyuarat itu termasuk Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (AS-ABC), Majlis Perniagaan Kesatuan Eropah-ASEAN (EU-ABC) dan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC).

Delegasi AS-ABC diketuai oleh Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Serantaunya Brian D. McFreeters.

Mesyuarat itu menyaksikan ASEAN menerima sokongan padu daripada AS-ABC, yang menyampaikan kebimbangan kepada Washington tentang potensi kesan negatif tarif AS ke atas perniagaan di Asia Tenggara.

Bercakap kepada kumpulan perniagaan dan pelabur Amerika di rantau ini, Amir Hamzah menyeru AS-ABC untuk membantu menangani isu tarif kerana ia akan memberi kesan kepada operasi perniagaan majlis di rantau itu.

Berucap kepada kumpulan perniagaan dan pelabur Amerika di rantau ini, Amir Hamzah menyeru AS-ABC membantu membantu dalam usaha menangani isu tarif itu kerana ia akan memberi kesan kepada operasi perniaaan majlis itu di rantau ini.

Komuniti perniagaan memaklumkan kesan daripada tarif ini boleh menjejaskan pelaburan Amerika di rantau ini.

Di sebalik kebimbangan ini, majlis perniagaan menyatakan keyakinan mereka terhadap daya tahan ekonomi ASEAN, mengetengahkan usaha berterusan rantau ini untuk meningkatkan perdagangan antara wilayah.

Kesatuan Eropah (EU), khususnya, menunjukkan minat yang tinggi untuk meningkatkan dan mempelbagaikan hubungan komersial melalui perjanjian perdagangan bebas (FTA), kerjasama dan misi perdagangan tambahan.

Susulan mesyuarat itu, para pegawai meraih hasil positif daripada dialog tersebut, dengan sokongan padu daripada majlis perniagaan untuk inisiatif ASEAN.

Sementara itu bekas penolong gabenor BNM Tan Sri Andrew Sheng memberi amaran perang perdagangan AS-China yang sedang berlaku, yang menyaksikan tarif ke atas barangan China meningkat lebih 104 peratus, akan memberi kesan berpanjangan kepada pasaran global, termasuk Malaysia dan negara-negara ASEAN.

Beliau berkata tidak ada pihak yang akan muncul sebagai pemenang dalam tindakan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) sambil menyatakan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN mempunyai peluang besar untuk berunding dengan AS.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi ASEAN, dijangka menyampaikan kenyataan konsensus berdasarkan dokumen akhir yang disahkan oleh AFMGM untuk perbincangan lanjut pada sidang kemuncak pemimpin pada Mei.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Inspektor polis didakwa terima rasuah RM23,000 | B' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Muhyiddin sekali lagi mohon pindah kes salah guna ' 10 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tarikh akhir kemuka e-Borang tahun taksiran 2024 e' 13 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Penghormatan terakhir untuk semua' 22 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Enam ditahan bantu siasatan kes pukul vokalis kump' 33 mins ago