Translate

27 October 2022

PN umum Radzi Jidin bertanding di Putrajaya

 PRU15: PN umum Radzi Jidin bertanding di Putrajaya

Bernama

Oktober 26, 2022PRU15: PN umum Radzi Jidin bertanding di Putrajaya

Pengumuman Radzi sebagai calon Putrajaya dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam ini. - Gambar fail

PRU15: PN umum Radzi Jidin bertanding di Putrajaya

Pengumuman Radzi sebagai calon Putrajaya dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Bersatu, Datuk Radzi Jidin diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.

Pengumuman Menteri Kanan Pendidikan itu sebagai calon Putrajaya dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden Bersatu, pada program Jelajah Prihatin PN Parlimen Putrajaya, di sini, malam ini.

backup_ads

Radzi pada PRU14 bertanding di kerusi Parlimen Ketereh namun kalah kepada Tan Sri Annuar Musa. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Senator pada 17 Julai 2018.



Pada PRU14, Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya apabila menang dengan majoriti 3,372 undi mengalahkan calon Pas, Zainal Abidin Kidam dan calon PKR, Datuk Samsu Adabi Mamat.



Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengumumkan slogan PN untuk PRU15 iaitu Prihatin, Bersih dan Stabil dengan laungan PN Best! .

"Ini tagline yang kita akan laungkan pada PRU15 dan PN Best adalah harapan kita," katanya.

PN dianggotai Bersatu, Pas, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 Nov dengan penamaan calon pada 5 Nov manakala pengundian awal pada 15 Nov ini.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 18 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'KDN selesai lebih separuh daripada 12,101 permohon' 18 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'KDN selesai lebih separuh daripada 12,101 permohon' 19 mins ago
A visitor from San jose viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 19 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Beri Talak Satu Kerana Saya Tidak Pernah 'Give Up'' 21 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 23 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 23 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '“Bodoh, Kandang Babi” Gamatkan Dewan Rakyat! Arau ' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Trump's Gaza plan for 'Riviera of the Middle East'' 2 hrs 45 mins ago