Translate

08 July 2022

Sekiranya Covid-19 Meningkat Dengan Mendadak, KKM Akan Menguatkuasakan Semula Akta 342 khususnya kepada individu yang tidak memakai pelitup muka di kawasan tertutup

 



Waspada ketika sambut Aidiladha, elak kes Covid-19 terus meningkat: Khairy

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (gambar) menasihtkan orang ramai agar terus berwaspada apabila menziarahi ahli keluarga mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini bagi membendung peningkatan kes harian Covid-19.

Khairy menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau hari ini berkata orang ramai perlu memakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup dan sesak selain mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek - Uji, Lapor, Asing, Maklum, Dapatkan Rawatan).


“Lakukan ujian kendiri sebelum balik kampung,” katanya.

Beliau berkata sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas menyaksikan bilangan kes harian Covid-19 meningkat kepada 3,410 kes pada 12 Mei yang antara lain berpunca daripada peningkatan kadar pergerakan dalam masyarakat dan aktiviti berkumpulan. — Bernama


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menguatkuasakan semula Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), khususnya kepada individu yang tidak memakai pelitup muka di kawasan tertutup sekiranya jangkitan Covid-19 meningkat dengan mendadak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini kerana pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup masih diwajibkan dan ia semakin tidak dipatuhi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED