Translate

29 July 2022

Love Scam: Pengarah syarikat rugi RM5.29 juta

 Love Scam: Pengarah syarikat rugi RM5.29 juta

Bernama

Julai 29, 2022 Love Scam: Pengarah syarikat rugi RM5.29 juta

Seorang wanita yang merupakan pengarah syarikat di Ipoh, Perak kerugian RM5.29 juta setelah ditipu seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat yang dikenalinya di laman sosial "Online Dating". - Gambar hiasan

Love Scam: Pengarah syarikat rugi RM5.29 juta

Seorang wanita yang merupakan pengarah syarikat di Ipoh, Perak kerugian RM5.29 juta setelah ditipu seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat yang dikenalinya di laman sosial "Online Dating". - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang merupakan pengarah syarikat di Ipoh, Perak kerugian RM5.29 juta setelah ditipu seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat yang dikenalinya di laman sosial "Online Dating".

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata mangsa penipuan "Love Scam" berusia 64 tahun itu telah membuat laporan polis pada Khamis.



"Suspek memperkenalkan diri sebagai pekerja paramedik di Hospital California memperdayakan mangsa dengan menyatakan beliau (lelaki itu) menerima kontrak besar pembekalan peralatan perubatan bernilai AS$22 juta dan perlukan dana modal permulaan serta berjanji ingin mengahwini mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.



Terpedaya dengan janji tersebut, Azmi berkata mangsa telah melakukan 120 transaksi pindahan wang ke dalam 14 akaun bank yang diberikan suspek secara berperingkat antara Januari hingga Jun 2022 berjumlah keseluruhan RM5.29 juta.

"Mangsa telah menggunakan kesemua wang simpanan dan membuat pinjaman dengan Pemberi Pinjam Wang Berlesen. Semakan awal mendapati akaun bank yang terlibat (akaun lelaki itu) juga mempunyai rekod untuk beberapa kes penipuan menggunakan modus operandi yang sama," katanya.


Azmi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 3 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 4 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Policeman ear bitten off by Nigerian man | BEST FB' 9 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis rakam keterangan 14 saksi siasat kes kematia' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bursa Malaysia tegur secara terbuka Reach Energy, ' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'UK setuju bantu Malaysia dalam bidang teknologi, t' 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'These are the last images of Pope Francis’ open ca' 40 mins ago