Translate

26 July 2022

Covid-19 Malaysia- 3300 New Cases and 9 Deaths recorded






COVID-19: 3,300 kes baharu, sembilan kematian direkod

Astro Awani

Julai 26, 2022 07:00 MYT

COVID-19: 3,300 kes baharu, sembilan kematian direkod

96.6 peratus daripada kes aktif atau 44,732 sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 menunjukkan peningkatan kepada 3,300 pada Isnin berbanding 2,720 kes pada hari sebelumnya.

Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.654 juta kes sejak pandemik melanda negara.

backup_ads

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sembilan kematian pula dilaporkan termasuk tiga kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).



Kes aktif COVID-19 dalam negara mencatatkan penurunan sebanyak 1,936 kes dengan jumlah terkini 46,316 kes.

96.6 peratus daripada kes aktif atau 44,732 sedang menjalani kuarantin di rumah.


Dilaporkan 1,512 kes dirawat di hospital dengan 51 kini ditempatkan di wad ICU.

28 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 5,227 kes sembuh.

Setakat ini 49.5 peratus populasi dewasa sudah mendapatkan dos penggalak dengan tambahan harian 1,213.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED