Translate

31 July 2022

Perit jadi pembangkang, Noh Omar mahu BN tawan semula Selangor

 Perit jadi pembangkang, Noh Omar mahu BN tawan semula Selangor

Bernama

Julai 31, 2022Perit jadi pembangkang, Noh Omar mahu BN tawan semula Selangor

Noh menyeru ahli parti membuang segala tanggapan buruk dan dakwaan mengenai kewujudan sesetengah kluster dalam komponen itu supaya mereka dapat bersama-sama bekerja bagi memenangkan BN

Perit jadi pembangkang, Noh Omar mahu BN tawan semula Selangor

Noh menyeru ahli parti membuang segala tanggapan buruk dan dakwaan mengenai kewujudan sesetengah kluster dalam komponen itu supaya mereka dapat bersama-sama bekerja bagi memenangkan BN. - Gambar/ Astro AWANI

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor perlu menawan semula kerajaan negeri itu selepas merasai keperitan menjadi pembangkang selama tiga penggal.

Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar berkata keadaan bertambah sukar apabila gabungan politik itu gagal membentuk dan menjadi Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana tiada peruntukan untuk membantu rakyat disalurkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang.

"Sebelum ini, walaupun kita pembangkang dalam kerajaan negeri, di Pusat kita berkuasa. ADUN kita tidak dapat peruntukan (di negeri), Pusat bagi peruntukan kepada ADUN kita. Jadi kita tidak berapa nak merasa jadi pembangkang.



"Tetapi apabila kita kalah di Pusat dan negeri, baru kita rasa betapa pahitnya menjadi pembangkang. Maka hari ini, kita datang konvensyen ini dengan harapan kita akan bangkit semula dan kita ada peluang cerah untuk memenangi semula Selangor dalam PRU15," katanya ketika berucap di Konvensyen BN Selangor 2022 di sini hari ini.

Beliau berkata ahli parti komponen BN juga perlu ikhlas dalam meneruskan perjuangan kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk memperoleh kemenangan.


"Kalau kita ikhlas dalam perjuangan, bersatu serta berpegang pada cogan kata iaitu kesepaduan dan kestabilan, insya-Allah kita akan terus bangkit dan akan ada peluang menang dalam PRU akan datang," katanya.

Noh turut menyeru ahli parti membuang segala tanggapan buruk dan dakwaan mengenai kewujudan sesetengah kluster dalam komponen itu supaya mereka dapat bersama-sama bekerja bagi memenangkan BN.

"Tolong jangan ada anggapan buruk. Matlamat kita satu, BN mesti menang dalam PRU15," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengundi Cina Semakin Hilang Minat Terhadap PH, DA' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'HURU-HARA DI SHELL LUNDANG DIPERCAYAI AKIBAT MAIN ' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malays' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 36 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 5 hrs 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 5 hrs 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 5 hrs 59 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kegembiraan lapan sekawan bertukar tragedi, satu l' 5 hrs 59 mins ago