Translate

09 July 2022

COVID-19 Malaysia: 3,589 kes baharu dan enam kematian direkod

 



COVID-19: 3,589 kes baharu, enam kematian direkod

Astro Awani

Julai 9, 2022

COVID-19: 3,589 kes baharu, enam kematian direkod

Kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 35,198 bertambah sebanyak 1,359 kes.

KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 turun ke 3,589 kes pada Jumaat, berbanding 4,020 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, tiga daripadanya merupakan kes import.

Manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 35,198 bertambah sebanyak 1,359 kes.

Menurut portal COVIDNOW, kes kematian harian turut meningkat sebanyak enam kes.

Ia menjadikan jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,801.

Dua kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, 33,888 individu atau 96.3 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Manakala 27 individu ditempatkan di PKRC.

Seramai 1,241 pesakit dirawat di hospital dengan 42 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED