Translate

18 May 2022

Polis siasat video lelaki berjalan sambil tunjuk pistol

 Polis siasat video lelaki berjalan sambil tunjuk ‘pistol’ - Kosmo Online

18/5/2022

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu rakaman video tular

PETALING JAYA – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu rakaman video tular yang memaparkan seorang lelaki sedang berjalan sambil menunjukkan objek yang menyerupai sepucuk pistol.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah mengesan satu rakaman video yang tular di media sosial kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

“Menerusi video berdurasi tujuh saat berkenaan, seorang lelaki sedang berjalan sambil menyelak bajunya dan menampakkan satu objek yang menyerupai senjata di seluarnya.

“Satu laporan polis telah dibuat dan kejadian dipercayai berlaku ketika festival animasi selama empat hari bermula pada 13 Mei lalu di sebuah pasar raya di sekitar daerah ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, lelaki dalam video berkenaan disyaki merupakan salah seorang peserta yang menggayakan watak animasi ketika hadir ke festival berkenaan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk siasatan lanjut.

“Polis juga sedang mengesan pemilik akaun media sosial termasuk individu terlibat untuk membantu siasatan,” jelasnya.






Sumber: Info Jenayah Terkini Seluruh Malaysia

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED