Translate

09 May 2022

Pesawat MH2710 alami masalah teknikal

Pesawat MH2710 alami masalah teknikal - Harian Metro

9/5/2022

 Layar rakaman penumpang yang terpaksa berpanas ketika pesawat mengalami masalah teknikal.

Kuala Lumpur: Pesawat Malaysia Airlines MH2710 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan semalam mengalami isu teknikal semasa enjin pesawat dihidupkan.

Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pesawat itu juga terpaksa kembali semula ke ruang menunggu (bay) selepas prosedur kali kedua untuk menghidupkan enjin gagal semasa melakukan 'pushback'.

Katanya, pada masa sama insiden itu, seorang penumpang juga memerlukan bantuan perubatan kecemasan.

"Malaysia Airlines memohon maaf apabila pendingin hawa tidak dapat dihidupkan ketika proses pembaikan dilakukan menyebabkan persekitaran kabin menjadi hangat.

"Selepas itu penumpang dipindahkan ke pesawat lain yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 1.37 tengah hari dan selamat tiba di Sandakan pada 4.30 petang," katanya.

Tambah kenyataan itu, Malaysia Airlines kesal dengan kelewatan itu dan memohon maaf sekali lagi atas ketidakselesaan sementara yang dialami penumpang.

"Keselamatan kekal menjadi keutamaan kepada Malaysia Airlines," katanya.



Sumber: Inforoadblock

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED