Translate

18 May 2022

Permit Import (AP) makanan dimansuhkan - Perdana Menteri

Permit Import (AP) makanan dimansuhkan - Perdana Menteri

Astro Awani
18/5/2022
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan Permit Import (AP) bahan makanan dari luar negara ke Malaysia seperti yang dikenakan sebelum ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, pemansuhan itu berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.

"Saya percaya Kementerian Pertanian (Dan Industri Makanan) akan umumkan secara terperinci… kita bersetuju tadi tiada AP import lagi untuk bahan makanan.

"Ia terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport bahan makanan masuk ke negara kita. Jadi kalau dulu ada AP lembu, AP daging (dan) macam-macam lagi, mulai hari ini kita tiada AP lagi," kata Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri 2022 “Semarak Aidilfitri, Keluarga JPM dirai” di sini, hari ini.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED