Translate

18 May 2022

Lima lelaki diberkas selepas video tular mereka membakar mercun berdekatan plaza tol untuk meraikan sambutan hari lahir

 

 



Lima dicekup tular bakar mercun tepi jalan

SHAH ALAM – Lima lelaki diberkas bagi membantu siasatan insiden tular membakar mercun untuk meraikan sambutan hari lahir di tepi jalan Plaza tol Setia Alam di sini, Sabtu lalu.

Kesemua suspek berusia 30 hingga 42 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, perkara itu disedari pihaknya menerusi satu rakaman video bertajuk ‘Big Brother Birthday Celebration’ di aplikasi Tik Tok.

Katanya, siasatan awal mendapati video itu memaparkan sekumpulan lelaki bermain mercun di tepi jalan berdekatan plaza tol tersebut.

“Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu berlaku bagi meraikan sambutan hari lahir seorang rakan dikenali sebagai ‘Mustafa’ yang berhenti di tepi tol berkenaan.

“Kesemua mereka berhenti di kawasan itu untuk bertemu antara sama lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd. Iqbal, pihaknya setakat ini menahan lima lelaki bagi membantu siasatan hasil pengecaman terhadap video itu.

“Kesemua tangkapan itu akan direman esok bagi siasatan lanjut dengan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 6 Akta Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 21 saat memaparkan sekumpulan individu yang berpakaian kemas berhenti di tepi jalan dengan turut disertai bunyi mercun di kawasan berkenaan. 

▶️KOSMO!ONLINE

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED