Translate

12 May 2022

Pemandu e-hailing didakwa raba penumpang ditahan

 Pemandu e-hailing didakwa rab4 penumpang ditahan - Utusan Borneo

12/5/2022

Pemandu e-hailing yang didakwa meraba paha seorang penumpang wanita

MIRI: Seorang pemandu e-hailing yang didakwa meraba paha seorang penumpang wanita telah ditahan polis pada malam Isnin.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa yang berada di Desa Senadin telah melanggan perkhidmatan e-hailing untuk ke rumah rakannya di Desa Murni sekitar jam 6 petang, Sabtu 7 Mei lalu.

Semasa dalam kenderaan tersebut, suspek didakwa telah meraba mangsa pada paha kanannya.Menurut sumber, suspek berusia 53 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Miri sekitar jam 10.50 malam di tepi jalan Marina Square.

Laporan polis berhubung kejadian berkenaan turut dibuat mangsa.Mangsa juga dilaporkan melihat suspek mengeluarkan sesuatu seperti botol semburan.

Menyedari suspek ingin melakukan sesuatu terhadapnya, mangsa segera keluar dari kenderaan sebaik tiba di lampu isyarat berhampiran Klinik Kesihatan Tudan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan



Sumber: Info Jenayah Terkini Seluruh Malaysia

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED