Translate

01 February 2022

PM Dato Sri Ismail Sabri Extends Chnese New Year Greetings - Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina!



Selamat Tahun Baharu Cina saya ucapkan kepada seluruh Keluarga Malaysia yang berketurunan Tionghua.

Selepas dua tahun terpaksa menyambut tahun baharu dari kejauhan dan terpisah dengan keluarga, pada tahun ini masyarakat Tionghua dapat kembali meraikan Tahun Baharu Cina bersama ibu bapa dan keluarga tercinta.

Peluang yang dinikmati ini diharap dapat mengerat dan mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan. Namun di kala bergembira, usah dilupakan prosedur operasi standard (SOP) dalam memastikan kita semua dapat terus hidup membendung penularan wabak COVID-19.

Terima kasih kepada seluruh masyarakat Cina yang telah berganding bahu dengan kaum-kaum lain seperti Melayu, India, Kadazan, Dusun, Murut, Iban, Bidayuh dan Melanau sebagai sebuah Keluarga Malaysia.

Sempena Tahun Harimau ini, diharap segala usaha kerajaan untuk memastikan kestabilan ekonomi serta kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan sehingga ke tahun-tahun seterusnya.

Marilah kita terus bersatu hati menyokong usaha kerajaan untuk memulih dan menstrukturkan semula ekonomi negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya.

Marilah kita sama-sama berdoa, semoga tahun ini membawa kemakmuran, kebahagiaan dan kesihatan yang baik untuk seluruh Keluarga Malaysia.
Gong Xi Fa Chai
Xin Nian Kuai Le’

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED