Translate

20 May 2021

46 Kes Kematian Termasuk 1 Bukan Warganegara Akibat Jangkitan Covid-19



Sebanyak 46 kes kematian dari seluruh negara telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan pada hari ini, menjadikan kumulatif kes kematian seluruh negara adalah sebanyak 2,040 kes. Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 19 kes di Selangor, tujuh (7) kes di Sarawak, enam (6) kes di Johor, empat (4) kes di Kelantan, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Kedah, serta masing-masing satu (1) kes di Negeri Sembilan dan Melaka.

Diharapkan semua pihak mengambil maklum dengan keinsafan situasi yang melanda negara ini dan dapat bekerjasama dengan erat bagi sama-sama kita mengharungi detik sukar memerangi COVID-19 ini sebagai satu negara yang bersatu.

46 kes kematian termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan hari ini. Ini menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 2,040.

Kes kematian tertinggi di Selangor (19), Sarawak (7) dan Johor (6). 4 kes BID turut dilaporkan iaitu di KL (2), Johor (1) dan Sarawak (1) manakala 5 kes kematian tidak mempunyai latar belakang penyakit.

Demografi kes kematian: Red circle Termuda = 17 tahun Red circle Tertua = 91 tahun Purple circle Jantina; Lelaki = 26 kes, Perempuan = 20 kes Blue circle Umur; <60 tahun = 15 kes, 60-79 tahun = 21 kes, >80 tahun = 10 kes











 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED