Translate

12 September 2014

Yana Tidak Tertekan Masih Dituduh Buat Pembedahan Plastik

Yana Tidak Tertekan Masih Dituduh Buat Pembedahan Plastik

..
Walaupun sudah berpuluh kali pelakon Yana Samsudin, 30,  menafikan yang dirinya menjalani pembedahan mengubah wajahnya namun dia tetap dituduh cuba menyembunyikan hal berkenaan dan tidak bercakap benar.
Bercakap kepada mStar online, Yana berkata dia tidak tertekan dengan cakap-cakap orang yang masih lagi mempercayai berita itu
"Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat (pembedahan) muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah.
"Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke samasa. Tetapi tidaklah ketara sangat. Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu," katanya.
Pada awal Januari lalu, Yana dikatakan melakukan pembedahan plastik dengan mengubah wajahnya menjadi lebih tirus selain telah pembedahan memancungkan hidung.
Bagaimanapun pelakon filem Adnan Sempit Sawadikap itu menafikannya dan menjelaskan penggunaan pendakap gigi sejak November 2013 yang menyebabkan tulang rahangnya berubah.
Yana juga memberitahu, dia tidak pernah mempercayai pembedahan plastik semata-mata untuk kecantikan kerana apa yang dilihat, wajah seseorang itu tidak akan berubah banyak seperti yang diinginkan.
Bagaimanapun katanya, sebagai seorang wanita yang mementingkan kecantikan, Yana lebih senang menjalani rawatan kuntur wajah agar sentiasa kelihatan muda.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED