Translate

12 September 2014

Kilafairy Tak Mahu Selamanya Dicop Perempuan Penggoda


Kredit foto Suhaizul IzharKredit foto Suhaizul Izhar
Penyanyi dan pelakon Kilafairy memberitahu dia terpaksa menolak banyak tawaran watak antagonis kerana mahu mempelabgaikan karakter lakonannya.
Tidak mahu selamanya 'dicop' sebagai perempuan penggoda atau jahat, kerana itu anak kepada penyanyi era 80-an, Rohana Jalil ini mula bersikap memilih dalam menerima satu-satu tawaran.
Kata gadis berusia 22 tahun ini lagi, sejak awal kemuncuannya dia sudah dilabel sebagai pelakon antagonis dan seksi. Tida menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya dalam pada dia menghargai kelebihan tersebut, Kilafairy mahu membuktikan yang dia juga boleh menjadi pelakon versatil.
"Mula-mula saya keluar pun menerusi filem Karak, berkemban kat perigi. Sejak tu orang cop saya seksi dan selepas tu banyak tawaran-tawaran watak sebegitu.
"Dalam filem 'Hoorey Hoorey' saya pegang karakter antagonis. Terus ramai juga yang komen saya memang boleh bawa watak jahat. Sejak tu juga kebanyakan tawaran yang saya dapat adalah antagonis.
"Kalau saya masuk industri ni hanya semata-mata nak popular, saya dah terima dah semua tawaran tu. Tapi saya nak cuba ubah persepsi orang terhadap saya. Saya nak buktikan yang saya mampu bawa pelbagai watak bukan hanya watak jahat. Sebab tu sekarang ni saya dah kurangkan terima tawaran watak-watak sebegitu", katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama online terbaru lakonannya 'Hanya Satu', di Empire Shopping Gallery, Subang, baru-baru ini.
..
Dalam pada itu, Kilafairy juga bersyukur kerana perjalanan kariernya kini semakin stabil. Mengakui masih setahun jagung dalam industri dan masih banyak yang perlu diperbaiki. Katanya, kalau ada yang masih beranggapan lakonannya masih kayu, dia menganggap kritikan itu sebagai satu pujian buatnya.
"Alhamdulillah karier saya semakin stabil. Saya sedar saya masih baru dan banyka yang perlu saya belajar
"Kalau ada yang gelar saya kayu. Saya berterima kasih kepada mereka kerana sekurang-kurangnya ada yang melihat lakonan kita dan beritahu yang kita ini belum cukup bagus. Bagi saya, memang ada kalanya kita perlukan komen-komen negatif untuk memperbaiki mutu lakonan kita.
"Saya tak melenting kalau ada yang panggil saya kayu. Sebaliknya saya akan tanya kembali di mana kayunya saya dan saya boleh perbaikinya. Saya selalu menjadikan kritikan itu sebagai sesuatu yang positif", ujarnya yang mula menceburi dunia nyanyian dan lakonan kira-kira empat tahun lalu.
Kalau sudah namanya artis pasti tidak akan terlepas dari dihimpit kontroversi. Begitu juga dengan Kilafairy yang sedia dilihat berimej seksi. Namun dia menyifatkan dirinya bernasib baik kerana sentiasa mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada ibunya yang sudah puluhan tahun bergelar anak seni.
Tidak hanya kontroversi, dedah Kilafairy, dia juga pernah cuba didekati golongan VIP dan kerabat yang bukan ikhlas mahu mengenalinya sebaliknya hanya mahu 'berseronok'. Namun demi menjaga nama baiknya dan keluarga, dari awal dia akan cuba mengelak dia tidak melayan kehendak-kehendak golongan tersebut.
"Ada (didekati VIP). Pernah dapat mesej dan panggilan telefon. Tapi awal-awal lagi saya akan cuba elak dari memulakan perhubungan tersebut. Kalau kita tak layan, tak jadi lah kan..", katanya.
Sementara menyentuh mengenai kisah peribadi, Kilafairy menjelaskan dia kini masih lagi berkawan dengan aktor dari Indonesia, Hardy Hartono.
"Tak sangka sudah tiga tahun kami berkawan. Apa yang saya boleh katakan, buat masa ini dia satu-satunya lelaki yang saya sedang kenal selam tiga tahun ini. Kalau ada jodoh, ada lah.  
"Kadang-kadang kalau dia ada kerja di sini, kebetulan dia datang, dapatlah berjumpa. Tapi kami selalunya akan berhubung menerusi telefon, berborak dan bertanya khabar", katanya yang mensasarkan mahu menamatkan zaman bujang pada usia 25 tahun.
Perkembangan lain, Kilafairy bakal muncul menerusi drama 'Hanya Satu' bergandingan bersama Syariff (Sleeq). Drama online tersebut bakal ditayangkan di www.tonton.com.my mulai 15 Setember ini jam 12 tengah hari. Selain, dia juga baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri 'Bila Hati Berkata'.


- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED