MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OUR MUSIC PLAYER IS AT THE BOTTOM IN PINK. TO VIEW THE SONG LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... THE MUSIC PLAYER IS NOT AVAILABLE ON MOBILE PHONE OR TABLET

TO GET UPDATES IN YOUR E-MAIL PLEASE SUBMIT YOUR EMAIL ADDRESS

Wednesday, 1 February 2017

Berita yang diviralkan tidak benar, kes kesalahan trafik bukan menculik


Kes Kesalahan Trafik, Bukan Culik






JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlakunya kes penculikan kanak-kanak di pekan Ulu Tiram di sini, hari ini dan meminta orang ramai menghentikan sebarang penyebaran berita tidak benar tentang kejadian polis melepaskan tembakan.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kejadian yang sebenarnya berlaku apabila anggota polis trafik yang sedang membuat rondaan di kawasan Kilometer 17 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi dekat Ulu Tiram, kira-kira 11 pagi tadi terserempak sebuah Proton Iswara dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun sambil menggunakan telefon bimbit.


Beliau berkata, pemandu kereta itu diarahkan berhenti oleh anggota polis trafik yang menunggang motosikal dan dia pada mulanya memberikan kerjasama.


Bagaimanapun, katanya, belum sempat anggota polis berkenaan turun daripahda motosikal, pemandu kereta berkenaan bertindak memecut laju kenderaannya.


"Anggota polis trafik kemudian bertindak mengejar kereta terbabit yang dipandu laju secara melulu dan berbahaya bertujuan melarikan diri daripada pemeriksaan.


"Setibanya di Lorong Bunga Raya, pekan Ulu Tiram di sini, suspek beberapa kali bertindak menghimpit motosikal ditunggang anggota polis dan dia turut melanggar beberapa kereta orang awam yang diparkir di jalan berkenaan akibat laluan yang sempit.


"Apabila anggota polis menghampiri kereta lelaki berkenaan dari arah belakang, dia bertindak mengundurkan kenderaannya dengan laju dan melulu ke arah anggota polis terbabit," katanya.


Jokhiri berkata, menyedari keselamatan diri dalam bahaya, anggota polis berkenaan bertindak terjun dari motosikalnya untuk menyelamatkan diri daripada dirempuh dan pada masa sama melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kereta suspek.


Katanya, suspek berterusan cuba melarikan diri dengan mengubah haluan dan melanggar beberapa lagi kereta orang awam sebelum akhirnya dia terbabas ke dalam longkang berhampiran.


"Apabila dapat ditahan, pemeriksaan lanjut dibuat dalam kenderaan suspek mendapati terdapat dua orang penumpang iaitu anak lelaki suspek berusia tiga tahun serta teman wanitanya berusia 37 tahun.


"Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di Singapura ini didapati positif dadah dan mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes curi dan dadah," katanya.


Menurut Jokhiri, siasatan awal mendapati suspek bertindak melarikan diri kerana lesen memandunya tamat tempoh.


Katanya, suspek kini ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


-Harian Metro

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT TO WIN A PRIZE EVERY FORTNIGHT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

Google+ Followers