Xisco Munoz ketua jurulatih baharu JDT
BULETINTV3
07 Jun 2025
Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT – Foto JSTJOHOR BAHRU: Xisco Munoz diumum secara rasmi sebagai ketua jurulatih baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pengumuman pelantikan itu menerusi satu kenyataan rasmi oleh JDT di platform media sosial kelab itu malam tadi.
Video yang memaparkan Munoz berada di Stadium Sultan Ibrahim turut dimuat naik bersama kenyataan itu.
“Pemenang LaLiga dan bekas pengurus Watford Xisco Munoz menyertai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sebagai ketua jurulatih,” menurut kenyataan berkenaan.
JDT sebelum ini dibimbing oleh Hector Bidoglio sebagai ketua jurulatih sejak 2022.