Translate

19 June 2025

TMJ 2026: Johor, Grab bincang kemas kini perjanjian perjalanan rentas sempadan



TMJ 2026: Johor, Grab bincang kemas kini perjanjian perjalanan rentas sempadan

Bernama

19/06/2025


Onn Hafiz (depan, tengah) mengadakan perbincangan bersama pihak Grab bagi meneroka pelbagai inisiatif kerjasama strategik yang mampu memperkukuh sektor pelancongan dan pengangkutan Johor. - Facebook Onn Hafiz


JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor dan syarikat Grab sedang membincangkan kemas kini berhubung Perjanjian Perjalanan Rentas Sempadan bagi melancarkan lagi pergerakan pelancong dan rakyat Johor dan Singapura.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam kenyataan hari ini berkata perbincangan itu, antara yang diutarakan dalam pertemuannya bersama pengurusan Grab baru-baru ini.

Beliau berkata ia antara agenda utama dalam usaha memperkukuh sektor pelancongan dan pengangkutan negeri menjelang penganjuran Tahun Melawat Johor 2026 (TMJ 2026).

"Perbincangan juga menyentuh potensi kerjasama rentas sempadan yang melibatkan kerjasama antara Kementerian Pengangkutan Malaysia, dan Singapura, dengan peranan Grab dan penyedia pengangkutan awam lain dalam melancarkan pergerakan pelancong dan rakyat antara kedua-dua negara," katanya.

Onn Hafiz berkata satu platform gabungan digital dan fizikal turut dicadang diwujudkan dengan memperkenalkan tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi di Johor.

Inisiatif itu dilihat berpotensi besar untuk membantu pelancong mendapatkan maklumat dengan lebih mudah, sama ada secara dalam talian mahupun luar talian sekali gus merancakkan lagi sektor pelancongan negeri.

"Inisiatif ini juga membuka peluang pendapatan baharu kepada rakyat, merancakkan ekonomi setempat serta menjadikan Johor sebagai negeri yang moden, terbuka dan bersedia menerima kedatangan dunia. Insya-Allah," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED