PM Anwar kecam serangan Israel ke atas Iran sebagai 'punitif tanpa provokasi'
PM Anwar kecam serangan Israel ke atas Iran sebagai 'punitif tanpa provokasi'
Bernama
19/06/2025

Anwar mengecam serangan udara Israel ke atas Iran, menyifatkannya sebagai tindakan punitif dan tanpa provokasi yang mencabuli undang-undang antarabangsa serta menggagalkan usaha diplomatik. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengecam serangan udara Israel ke atas wilayah Iran baru-baru ini, menyifatkannya sebagai tindakan "punitif" dan "tanpa provokasi" yang mencabuli undang-undang antarabangsa serta menggagalkan usaha diplomatik.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam serangan udara Israel ke atas Iran, menyifatkannya sebagai tindakan punitif dan tanpa provokasi yang mencabuli undang-undang antarabangsa serta menggagalkan usaha diplomatik.
Anwar turut menyuarakan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan di Gaza, menyeru tindakan antarabangsa yang bersepadu untuk menegakkan undang-undang kemanusiaan, memastikan gencatan senjata dan penghantaran bantuan kepada penduduk awam.
Mengenai Asia Pasifik, beliau menekankan keutamaan dialog dan kerangka keselamatan inklusif, serta menyeru agar ketegangan di kawasan seperti Selat Taiwan dan Laut China Selatan diurus secara berhemah untuk mengelakkan kekacauan.
Anwar berkata, serangan itu jelas bertujuan menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung dan menghancurkan harapan untuk penyelesaian damai di rantau itu.
"Tindakan sebegini dilakukan tanpa menerima sebarang akibat, merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa, seterusnya menghakis norma-norma yang menjadi tonggak kepada ketertiban dunia.
"Kami menyeru kuasa-kuasa besar dan pihak yang berpengaruh supaya bersuara lantang dan bertindak tegas bagi mengekang peningkatan konflik," katanya dalam ucaptama pada Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik (APR) ke-38 di sini, Khamis.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah.
Beralih kepada krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, Anwar menyuarakan kebimbangan terhadap operasi ketenteraan berterusan oleh Israel yang disifatkannya sebagai tragedi yang membawa kesengsaraan besar kepada penduduk awam yang tidak berdaya.
"Jumlah korban awam yang amat tinggi, terutamanya wanita dan kanak-kanak menuntut lebih daripada sekadar pernyataan simpati.
"Ia memerlukan tindakan antarabangsa yang bersepadu untuk menegakkan undang-undang kemanusiaan, memastikan gencatan senjata segera dan menjamin penghantaran bantuan tanpa halangan kepada mereka yang amat memerlukan," katanya.
Anwar turut memberi amaran bahawa kredibiliti tatanan antarabangsa berasaskan undang-undang kini "diuji", dan menyeru kuasa-kuasa dunia bertindak segera bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.
Menyentuh situasi di rantau Asia Pasifik, Anwar berkata tekanan yang sama turut berlaku dalam bentuk atau naratif yang berbeza.
"Di Selat Taiwan, Semenanjung Korea dan Laut China Selatan, titik panas yang sudah dikenal pasti terus bergejolak.
"Di sini, seperti biasa, kita mesti berpegang pada keutamaan dialog mengatasi kekacauan, undang-undang mengatasi huru-hara dan berhemah mengatasi ketegangan," katanya.
Beliau berkata bahawa Malaysia percaya masa depan rantau ini tidak terletak pada pembentukan blok-blok yang keras atau keseimbangan yang rapuh, sebaliknya pada sebuah kerangka keselamatan yang inklusif, stabil dan berteraskan undang-undang -- ketika prinsip tidak berpihak secara aktif bukan sahaja diterima, bahkan digalakkan untuk berkembang.
"Kita tidak mendakwa mampu membentuk rantau ini mengikut idealisme sendiri, tetapi kita boleh bertindak untuk mencegah hasil yang paling buruk.
"Kestabilan bukan sesuatu yang terjamin, tetapi kekacauan juga bukan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
"Apa yang kita lakukan sekarang -- bagaimana kita mengurus ketegangan, mengimbangi hubungan dan mempertahankan kepentingan -- akan menentukan bagaimana rantau ini menghadapi badai yang mendatang," katanya.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
Popular Posts - Last 30 days
Blog Archive
-
▼
2025
(6631)
-
▼
Jun 2025
(703)
- Polis trafik maut nahas ketika bertugas Op Samseng...
- Pengarah JSJ Mohd Shuhaily ditukarkan ke AKPS berk...
- Sidang Media Mahasiswa Selepas Kekecohan
- Why are protesters in Bangkok calling for Thai PM'...
- Malaysia Cracks Down on Bangladeshi Extremists Ami...
- High public uni fees via direct entry route pricin...
- TRAGEDI NGERl DI JALAN GERIK-JELI KONVOI MOTOSIKAL...
- Puluhan Rumah Rosak Dilanda Ribut Di Temerloh
- 'Nik Nazmi perlu fikir semula keputusan berundur'
- Cakra Khan bakal kembali memukau peminat menerusi ...
- Tiga lelaki didakwa guna senjata berbahaya sebabka...
- Peniaga rugi hampir RM1 juta ditipu sindiket tawar...
- MOTAC terus laksana kempen kesedaran elak penipuan...
- Dua lagi pelajar MRSM Besut ditahan berkaitan kes ...
- Malaysia, Indonesia sepakat ASEAN perlu bersatu ha...
- Trump terminates US trade talks with Canada
- President Trump attends press briefing after Supre...
- Trump Gets Rwanda and the DR Congo to sign peace a...
- Keputusan Mengolah & Merombak Semula RMK13
- Bekas pengetua dihukum penjara 107 tahun
- Titah Diraja Sultan Ibrahim sempena Majlis Sambuta...
- Presiden Prabowo Sambut Kedatangan PM Anwar Ibrahi...
- GARA2 P0T0NG BARISAN DI PLAZA TOL TELOK PANGLIMA G...
- PM Anwar Ibrahim Receives Official Welcome from Pr...
- Sidang Media Bersama PM Malaysia Anwar Ibrahim dan...
- Lelaki maut kereta dinaiki bersama isteri, dua ana...
- Warga emas rentung dalam kebakaran di Lawas
- Safee Sali letak jawatan Presiden PFAM
- Siasatan lanjut insiden letupan di Ipoh diserah ke...
- Tingkat aspek penguatkuasaan, pendakwaan kes penip...
- Polis terima satu lagi laporan kenderaan dilanggar...
- Anwar tiba Jakarta untuk perjumpaan dengan Preside...
- Lima pelajar MRSM Besut direman tiga hari
- Surveillance video shows suspect lighting fire on ...
- Amir Hamzah galas tugas Menteri Ekonomi
- Lelaki usia 60 tahun ada 39 rekod jenayah aktif pe...
- Remaja Antara Dua Maut Dipercayai Berlumba Haram, ...
- Enam pelajar MRSM di Terengganu dibuang serta-mert...
- Al Hilal Punch Their Ticket To R16, Defeat Pachuca...
- Prosecution appeals against Syed Saddiq's acquitta...
- Police obtain CCTV footage to track down suspect i...
- No service tax on basic banking transactions under...
- Kes bunuh pelajar di Cyberjaya - Tiga suspek direm...
- Bekas pekerja stesen TV berdepan 743 pertuduhan di...
- Polis siasat dakwaan Ah Long bakar rumah di Tasek ...
- Kematian lelaki di Taman Tasek Damai dipercayai ak...
- Lelaki maut ditikam rakan serumah
- Polis terima tujuh laporan kenderaan dilanggar ber...
- Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati lelaki bunuh an...
- KPM siasat warga Pakistan rasmi program sukan sekolah
- Kerajaan digesa laksana langkah tegas pengharaman ...
- 12 projek pembinaan fasiliti kesihatan siap dibina...
- Pelajar Tingkatan Dua dakwa dibuli di asrama
- KPM siasat warga Pakistan rasmi program sukan sekolah
- Lawatan rasmi PM Anwar ke Indonesia perkukuh hubun...
- Manchester City DOMINATE Juventus And Remain Undef...
- This may be 'Daddy' Trump's best week as president...
- Pemuda didakwa tumbuk, gigit dada anggota polis
- Dua beranak ditahan ketika proses estacy bernilai ...
- Bekas Pengarah JKR didakwa 5 tuduhan rasuah, terim...
- Pas My50 boleh diaktifkan secara digital mulai 1 J...
- Caruman 2% KWSP pekerja asing bermula Oktober 2025
- The EPF contributions will be mandatory for foreig...
- Terus viralkan, insiden memandu secara bahaya Ment...
- MUDA tawar semula jawatan Presiden kepada Syed Saddiq
- Peluasan SST: "Epal dan oren import dikecualikan c...
- Pelajar Universiti Wanita Disyaki Dibunuh Di Cyber...
- Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara didakwa ...
- 186 'high-five' seminit, FuBear catat rekod Malays...
- Pelajar Kolej Vokasional Banting maut, motosikal t...
- Muhamad Norazlan dilantik Panglima Tentera Udara k...
- Tumpahan bahan kimia bahaya: Plaza Tol Ayer Hitam ...
- NATO leaders agree on Trump backed military spendi...
- Syed Saddiq Live Terbaru “ saya tak Akan lupakan B...
- Horrifying moment as truck dangles over collapsed ...
- Donald Trump speaks at NATO summit
- Warga Emas Didakwa Culik Kanak-Kanak, Larikan Kereta
- Seorang Ditahan Bantu Kes Lelaki Ditemukan Mati
- SPRM kesan RM11 juta diguna dalam bentuk wang digital
- Terus viralkan, insiden memandu secara bahaya Ment...
- SPRM mohon lucut hak Menara Ilham, beberapa aset m...
- Pernah ditawar sogokan, tapi pilih untuk lawan-Sye...
- Kes Ismail Sabri: Siasatan selesai, SPRM mohon luc...
- Pegawai rancangan tanah didakwa tipu urusan baik p...
- Pegawai rancangan tanah didakwa tipu urusan baik p...
- Penjawat awam wanita bukan hanya pelengkap organis...
- Bella grateful for verdict, says no engagement tal...
- Syed Saddiq's judgement not influenced by outside ...
- Prosecution to appeal Syed Saddiq's case verdict
- Presiden Republik Kyrgyz diberi sambutan rasmi di ...
- Wanita warga emas rugi hampir RM700,000 ditipu sin...
- Subahat daftar pekerja asing: Lima individu termas...
- Juruterbang rugi lebih RM190,000 terperdaya tawara...
- Malaysia promosikan pendidikan tinggi di Jakarta m...
- President Trump speaks to reporters on Air Force O...
- Akhirnya Syed Saddiq menang!!! “Selama ini saya ab...
- Public tip-off leads to capture of fugitive rape s...
- Syed Saddiq arrives at court for appeal verdict
- Porsche milik selebriti antara 101 kenderaan mewah...
- ‘Bodoh, kurang ajar!’ - Akmal nak jumpa pelajar ba...