Translate

23 May 2025

Hantar mesej lucah kepada remaja perempuan, pempengaruh direman empat hari



Hantar mesej lucah kepada remaja perempuan, pempengaruh direman empat hari

Bernama

23/05/2025


Siasatan terhadap lelaki berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang pempengaruh media sosial direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan baru-baru ini.

Seorang pempengaruh media sosial direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menghantar mesej berunsur lucah kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan suspek telah ditahan semalam.

Pendedahan awal dibuat oleh Caprice di Instagram selepas dihubungi ibu mangsa, yang turut berkongsi tangkap layar mesej dan gambar tidak senonoh yang dihantar oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata siasatan terhadap lelaki berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

"Suspek telah ditahan semalam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

BACA: Pempengaruh didakwa hantar gambar berbaur lucah kepada remaja 14 tahun

Terdahulu, penyanyi dan pempengaruh media sosial, Caprice, mendedahkan beberapa kiriman mesej berbaur lucah yang didakwa dihantar oleh pempengaruh terbabit kepada seorang remaja bawah umur.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Caprice memaklumkan bahawa beliau dihubungi oleh ibu kepada remaja berkenaan yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Tangkap layar yang dikongsikan termasuk mesej dan gambar tidak senonoh yang dihantar oleh individu terbabit kepada remaja itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED