Translate

03 April 2025

PM Anwar beri sumbangan kepada penghidap kencing manis kronik di Kuantan



PM Anwar beri sumbangan kepada penghidap kencing manis kronik di Kuantan

Bernama

03/04/2025


Bantuan disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, yang menziarahi Luthfi di kediamannya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang. - Foto FB Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan bantuan wang tunai dan bakul makanan kepada Luthfi Hasyim, seorang penghidap kencing manis kronik yang dalam masa sama berjuang membesarkan tiga anaknya.

Bantuan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, yang menziarahi Luthfi di kediamannya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.

"Beliau menghidap kencing manis kronik sehingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong. Namun, di sebalik ujian itu, beliau tetap tabah menyempurnakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga," kata Ahmad Farhan menerusi catatan di Facebook, yang turut dikongsi Perdana Menteri.

Luthfi, seorang peniaga kedai runcit, menetap bersama isteri dan tiga anaknya.

Ahmad Farhan berkata ketabahan Luthfi menjadi peringatan bahawa meskipun diuji dengan cabaran besar, manusia tetap mampu berdiri teguh demi keluarga.

"Semoga Allah permudahkan urusan beliau sekeluarga," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Reading viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Brandenburg viewed 'Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sem' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 3 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 3 hrs 12 mins ago