Translate

22 April 2025

Malaysia akan rasai kesan daripada tarif solar baharu AS



Malaysia akan rasai kesan daripada tarif solar baharu AS

Bernama

22/04/2025


Pegawai perdagangan AS memuktamadkan kadar tarif yang tinggi ke atas kebanyakan sel solar dari Asia Tenggara. - Gambar hiasan/ Bernama


KUALA LUMPUR: Malaysia bersama beberapa negara Asia Tenggara, dijangka akan terkesan dengan tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas import sel solar dan panel.

Menurut laporan Reuters pada Isnin (21 April), pegawai perdagangan AS memuktamadkan kadar tarif yang tinggi ke atas kebanyakan sel solar dari Asia Tenggara - satu langkah penting ke arah menyelesaikan kes perdagangan yang telah berlarutan selama setahun, menyaksikan pengeluar Amerika menuduh syarikat China membanjiri pasaran dengan produk murah secara tidak adil.

Kes perdagangan itu dimulakan pada 2024 oleh Hanwha Qcells Korea Selatan, First Solar Inc yang berpangkalan di Arizona, dan beberapa pengeluar kecil yang ingin melindungi pelaburan berbilion dolar dalam industri pembuatan solar AS, menurut Reuters.

Reuters juga melaporkan bahawa kumpulan pempetisyen, American Alliance for Solar Manufacturing Trade Committee, menuduh pengeluar panel solar China yang berskala besar yang mengendalikan kilang di Malaysia, Kemboja, Thailand dan Vietnam menghantar panel pada harga di bawah kos pengeluaran serta menerima subsidi tidak adil yang menjejaskan daya saing produk AS.

Tarif yang diumumkan pada Isnin itu berbeza mengikut syarikat dan negara, tetapi secara amnya lebih tinggi daripada duti sementara yang diumumkan lewat tahun lalu, tambah Reuters.

Gabungan duti antilambakan dan duti balas ke atas produk Jinko Solar dari Malaysia adalah antara yang terendah, pada kadar 41.56 peratus, manakala produk keluaran Trina Solar dari operasinya di Thailand dikenakan tarif sebanyak 375.19 peratus, menurut laporan itu.

Jabatan Perdagangan AS belum lagi menerbitkan pecahan terperinci kadar tarif akhir.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 58 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 1 hr 40 mins ago