Translate

04 April 2025

Isteri nekad lapor polis, jadi mangsa keganasan rumah tangga sejak 2022



Isteri nekad lapor polis, jadi mangsa keganasan rumah tangga sejak 2022

Bernama

04/04/2025


Mangsa mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak 2022, ketika itu sedang hamil kemudian kejadian seterusnya berlaku tahun lepas. - Gambar hiasan


SEREMBAN: Seorang wanita berusia 31 tahun nekad membuat laporan polis setelah menjadi mangsa dera suaminya buat kali ketiga sejak tahun 2022 di Kuala Pilah.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Low berkata dalam kejadian terbaharu, suaminya dalam keadaan mabuk secara tiba-tiba memarahinya serta memukul dan menggigit bahu kiri, lengan kanan sehingga ada kesan luka pada Selasa, di rumah mereka di Kuala Pilah kira-kira 3 pagi.

Beliau mendakwa telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak tahun 2022, ketika itu sedang hamil kemudian kejadian seterusnya berlaku tahun lepas.

"Saya nekad membuat laporan polis kali ini kerana tidak tahan dengan sikap suami, sebelum ini saya pernah laporkan pada polis tetapi menarik semula laporan itu setelah dipujuk ibu dan ibu mentua saya.

"Tetapi pada kali ini, suami dalam keadaan mabuk telah memarahi dan menolak saya sehingga terjatuh, kemudian dia menggigit serta memukul badan di belakang saya beberapa kali," katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang di sini hari ini.

Low berkata dia membuat laporan polis berkenaan penderaan itu pada hari yang sama sekitar 4.13 pagi dalam keadaan cedera, sebelum ke klinik berdekatan untuk rawatan selanjutnya.

Mangsa berkata susulan kejadian itu dia kini tinggal bersama abangnya buat sementara waktu di Seremban.

Wanita itu berkata dia dan suami merupakan peniaga di Kuala Pilah, mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun yang kini dijaga oleh penjaga di Kuala Pilah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang Nicole Tan berkata pihaknya akan membantu mangsa mendapatkan khidmat guaman bagi kes tersebut, supaya mendapat pembelaan sewajarnya.

"Mangsa buat masa ini tinggal abangnya di Seremban manakala anak perempuan berusia dua tahun tinggal bersama neneknya," katanya.

Nicole merangkap aktivis wanita berkata ini merupakan aduan ketiga diterima pada tahun ini dan berharap lebih ramai lagi wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tampil mempertahankan diri demi keselamatan fizikal dan mental.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Muhamad Mustafah Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tangkapan suspek dan maklumat lanjut laporan akan dimaklumkan kemudian.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Seremban viewed 'Peniaga ditahan miliki pistol tanpa lesen | BEST F' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 29 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Papagomo Terus 'Meratib' Kerajaan Zalim! | BEST FB' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Suami isteri direman kes dera bayi berusia dua bul' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from New york viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bodø/Glimt 0-2 Tottenham Hotspur | Europa League 2' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Jelutong viewed 'Enam kenderaan dirampas, cubaan seludup petrol ber' 2 hrs 30 mins ago