Translate

04 April 2025

Indonesia berunding dengan AS dan ASEAN berhubung tarif baharu



Indonesia berunding dengan AS dan ASEAN berhubung tarif baharu

Bernama

03/04/2025


Prabowo mengarahkan Kabinetnya untuk memberi tumpuan kepada langkah strategik, reformasi struktur, serta dasar penyederhanaan peraturan dan pengurangan halangan perdagangan, terutamanya sekatan bukan tarif. - Reuters


JAKARTA: Kerajaan Indonesia komited meneruskan perbincangan dengan pegawai Amerika Syarikat, Pengerusi ASEAN serta pemegang taruh domestik utama dalam usaha menangani cabaran ekonomi ekoran tarif baharu yang diumumkan oleh AS.

Pada 2 April, Presiden Donald Trump mengumumkan tarif 32 peratus ke atas barangan Indonesia, sebagai tambahan kepada cukai 10 peratus yang telah dikenakan ke atas semua negara.

Tarif baharu yang akan dikuat kuasa pada 9 April dijangka memberi kesan kepada sektor eksport utama seperti elektronik, tekstil, kasut, minyak sawit, getah, perabot dan makanan laut.

Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa Jakarta terus berkomunikasi rapat dengan Washington dan akan menghantar delegasi peringkat tinggi ke ibu negara AS bagi rundingan secara langsung.

"Sebagai sebahagian daripada perbincangan ini, Indonesia sedang menyediakan pelbagai langkah untuk menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh kerajaan AS, termasuk yang dinyatakan dalam laporan Anggaran Perdagangan Nasional 2025 yang diterbitkan oleh Wakil Perdagangan AS," menurut kenyataan kementerian itu.

Presiden Prabowo Subianto mengarahkan Kabinetnya untuk memberi tumpuan kepada langkah strategik, reformasi struktur, serta dasar penyederhanaan peraturan dan pengurangan halangan perdagangan, terutamanya sekatan bukan tarif.

"Usaha ini selaras dengan matlamat yang lebih luas untuk memperkukuh daya saing Indonesia, mengekalkan keyakinan pasaran dan menarik pelaburan, di samping memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan," menurut kenyataan itu.

Jakarta turut berunding dengan Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN bagi menyelaras tindak balas serantau memandangkan kesemua 10 negara anggota ASEAN akan terkesan dengan tarif baharu itu.

Kerajaan Indonesia menjelaskan bahawa pihaknya akan menilai kesan tarif terhadap industri utama dengan segera serta mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan sebarang kesan negatif terhadap ekonomi negara.

Pegawai juga sedang berusaha memastikan kestabilan hasil bon kerajaan di tengah ketidaktentuan pasaran global susulan pengumuman tarif AS.

Sejak awal tahun ini, kerajaan Indonesia merangka strategi bagi menangani pelaksanaan tarif AS, dengan pasukan rentas kementerian bekerjasama rapat dengan wakil Indonesia di AS serta pemimpin perniagaan domestik dalam persiapan menghadapi perubahan dasar.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengundi Cina Semakin Hilang Minat Terhadap PH, DA' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'HURU-HARA DI SHELL LUNDANG DIPERCAYAI AKIBAT MAIN ' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malays' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 36 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 5 hrs 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 5 hrs 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 5 hrs 59 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kegembiraan lapan sekawan bertukar tragedi, satu l' 5 hrs 59 mins ago