Translate

08 April 2025

Ibu rayu orang ramai bantu cari anak hilang



Ibu rayu orang ramai bantu cari anak hilang

Bernama

08/04/2025


Muna Qaisara dilapor hilang dari asrama di Kuala Terengganu sejak Sabtu lalu. - Gambar Sinar Harian


KUALA TERENGGANU: Seorang ibu merayu orang ramai membantu mencari anak perempuannya berusia 15 tahun yang hilang sejak Sabtu lepas.

Juliana Johari, 42, berkata anaknya, Muna Qaisara Muhammad Budiman hilang selepas didapati tidak berada di asrama sebuah sekolah menengah di Serada, di sini.

"Menurut maklumat, kali terakhir Muna Qaisara dilihat memakai jubah merah hati dan tudung berwarna krim. Saya merayu orang ramai yang memiliki kamera papan pemuka kereta dan berada di laluan sekolah sekitar Serada agar membantu kami.

"Pelbagai usaha telah kami lakukan untuk mencari anak saya itu tetapi semuanya menemui jalan buntu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Juliana turut menyuarakan kekesalan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat palsu kononnya anaknya itu telah ditemukan.

Wanita itu berkata tindakan tersebut hanya menambah kesedihan keluarganya yang kini dalam keadaan resah dan bimbang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan pelajar tersebut pada Ahad lepas.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi talian 013-5714157 atau 013-3092947 selain tampil di mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed 'Papagomo Terus 'Meratib' Kerajaan Zalim! | BEST FB' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Suami isteri direman kes dera bayi berusia dua bul' 1 hr 46 mins ago
A visitor from New york viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bodø/Glimt 0-2 Tottenham Hotspur | Europa League 2' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Jelutong viewed 'Enam kenderaan dirampas, cubaan seludup petrol ber' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 2 hrs 4 mins ago