Translate

22 April 2025

Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi - Loke



Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi - Loke

Bernama

22/04/2025


Anthony Loke (kanan) memberikan cenderahati ukiran naga kepada Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini. - Foto FB Anthony Loke


PUTRAJAYA: Cenderahati ukiran naga yang diberikan kepada Presiden China Xi Jinping baru-baru ini merupakan pemberian peribadi dan bukan mewakili kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menjelaskan bahawa ukiran naga yang diberikan kepada Presiden China Xi Jinping adalah hadiah peribadi buatan Malaysia daripada Royal Selangor, bukan mewakili kerajaan.

Loke dikritik kerana lokasi pemberian hadiah dan simbol ukiran naga, namun beliau menjelaskan ia dilakukan demi keselamatan dan naga melambangkan kekuatan, kebijaksanaan, serta persahabatan dalam budaya Cina.

Cenderahati itu diberikan sebelum Presiden Xi berlepas ke Kemboja selepas lawatan tiga hari ke Malaysia dari 15 hingga 17 April.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata cenderahati itu barangan buatan Malaysia daripada Royal Selangor sebagai tanda penghargaan dan tidak seharusnya diperbesarkan.

"Itu (cenderahati) adalah hadiah peribadi (kepada Xi), saya tak cakap mewakili kerajaan," katanya kepada media perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan majlis Raikan Kasih MADANI 2025, di sini hari ini.

Baru-baru ini Loke memberikan plak dengan ukiran naga kepada Xi sebelum beliau berlepas ke Kemboja selepas berada di Malaysia selama tiga hari bermula 15 April hingga 17 April lepas.

Susulan itu, Loke dikritik kerana memberikan cenderahati itu di pintu belakang dan juga ukiran naga dilihat tidak bersesuaian.

Namun beliau tampil memberikan penjelasan menerusi satu hantaran di Facebook rasminya menyatakan cenderahati itu diberikan berhampiran pintu belakang demi keselamatan Presiden China dan ukiran naga adalah simbol kekuatan, kebijaksanaan serta persahabatan dalam budaya Cina.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'AirAsia X gantung penerbangan Kuala Lumpur - Nairo' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 11 mins ago
A visitor from New york viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Silver spring viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 1 hr 19 mins ago