Translate

10 April 2025

Bitcoin naik 5.9 peratus susulan pengumuman penangguhan tarif 90 hari oleh Trump



Bitcoin naik 5.9 peratus susulan pengumuman penangguhan tarif 90 hari oleh Trump

Bernama

10/04/2025


Pada Januari lalu, harga Bitcoin mencecah paras tertinggi dalam sejarah, iaitu sekitar US$109,000, dipacu oleh pelantikan rasmi Trump sebagai Presiden. - Gambar hiasan


ISTANBUL: Harga Bitcoin melonjak 5.9 peratus pada Rabu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan selama 90 hari ke atas tarif melebihi 10 peratus bagi lebih 75 buah negara.

Setakat 1900 GMT, harga Bitcoin mencecah sekitar US$81,820, dengan nilai keseluruhan pasaran meningkat kepada US$1.62 trilion.

Jumlah dagangan Bitcoin dalam tempoh 24 jam lalu direkodkan sekitar US$75.5 bilion.

Pada Januari lalu, harga Bitcoin mencecah paras tertinggi dalam sejarah, iaitu sekitar US$109,000, dipacu oleh pelantikan rasmi Trump sebagai Presiden, yang dikenali sebagai penyokong kuat mata wang kripto.

Namun, ia kemudiannya susut ekoran ketegangan dan ketidakpastian pasaran ekoran dasar tarif agresif yang diperkenalkan oleh pentadbirannya.

Terdahulu pada 2 April, Trump mengumumkan tarif antara 10 hingga 50 peratus ke atas lebih 180 negara, mencetuskan keresahan dalam pasaran global.

Dalam perkembangan terkini, Trump turut mengesahkan peningkatan tarif ke atas China kepada 125 peratus, sambil memberikan lebih 75 negara tempoh penangguhan selama 90 hari daripada tarikh akhir pada Rabu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ahmad Zahid ucap tahniah kepada PM Wong atas kemen' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 hrs 35 mins ago