Translate

07 April 2025

Akmal Nasrullah akan pertahan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru



Akmal Nasrullah akan pertahan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru

Bernama

07/04/2025


Akmal Nasrullah yang juga Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata PKR perlu kekal fokus dalam persiapan bagi menghadapi pilihan raya akan datang. - Gambar fail


JOHOR BAHRU: Ketua Cabang PKR Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang, bulan ini.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu menerusi hantaran di Facebook turut mengemukakan calon barisan kepimpinan cabang, Wanita Cabang dan AMK Cabang Johor Bahru.

"Untuk terus relevan, kita perlu fokus membina impak meletakkan prioriti yang betul, menyelesaikan masalah sebenar dan tabah mempertahankan pegangan prinsip dan nilai parti.

"Maka, saya kemukakan barisan calon kepimpinan cabang, AMK dan Wanita Johor Bahru dengan penuh integriti, amanah dan tanggungjawab," katanya.

Akmal Nasrullah yang juga Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata PKR perlu kekal fokus dalam persiapan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Kita akan kekal bekerja keras bagi memastikan kemenangan di Parlimen Johor Bahru terus menjadi prasyarat KEADILAN menerajui Kerajaan Persekutuan di Putrajaya," katanya.

Akmal Nasrullah yang pertama kali menyandang jawatan Ketua Cabang Johor Bahru pada 2014 berkata tugas bagi memenangkan parti di Parlimen Johor Bahru bukan perkara yang mudah.

"Suicide mission ketika itu, tetapi menjadi misi selesai dan selebihnya adalah sejarah. Namun, cabaran lebih besar datang selepas kemenangan, harapan dan jangkaan rakyat terus meningkat," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed 'Papagomo Terus 'Meratib' Kerajaan Zalim! | BEST FB' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Suami isteri direman kes dera bayi berusia dua bul' 1 hr 32 mins ago
A visitor from New york viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bodø/Glimt 0-2 Tottenham Hotspur | Europa League 2' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Jelutong viewed 'Enam kenderaan dirampas, cubaan seludup petrol ber' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 1 hr 51 mins ago