Translate
15 January 2025
Lisa Surihani masih berlakon, pilih naskhah punya nilai keagamaan
Lisa Surihani masih berlakon, pilih naskhah punya nilai keagamaan
Bernama
15/01/2025
Pelakon Lisa Surihani ketika sesi temu bual selepas majlis pengumuman persembahan tiga ahli Kumpulan KRU pada sidang media Konsert Gen KRU di sebuah hotel baru-baru ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sudah agak lama pelakon terkenal Datin Lisa Surihani tidak mewarnai pentas lakonan negara. Bahkan kemunculannya di persada seni ketika ini juga lebih menonjol sebagai model tudung muslimah ataupun pengacara program televisyen.
Tidak menafikan perjalanan karier seninya sebagai aktres agak perlahan khususnya selepas mendirikan rumah tangga dan menjadi ibu kepada dua cahaya mata, anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui sengaja memilih langkah itu untuk bersikap selektif terhadap watak yang ditawarkan kepadanya.
Bukan bermaksud menolak rezeki tetapi setelah berkecimpung lebih daripada satu dekad dalam industri hiburan negara, membuatkan pelakon senior dan penuh pengalaman ini inginkan sesuatu kelainan dalam setiap watak yang dilakonkannya.
Sementelah apabila isteri kepada komposer dan pengarah terkenal Datuk Yusry Abdul Halim ini tampil berhijab kira-kira lima tahun lepas selepas pulang menunaikan umrah, Lisa, 39, kini nampaknya lebih tertarik kepada naskhah jalan cerita berunsurkan kerohanian serta memberi manfaat kepada orang lain.
"Kalau ikutkan pada perjalanan kerjaya saya dari awal lagi, saya sudah buat pelbagai (watak). Tetapi, kalau dari segi keagamaan (drama, filem) itu mungkin, in the past sekali dua macam itu (sahaja)," katanya.
"Jadi, kalau ada cerita sebegitu (nilai keagamaan), saya boleh (lakonkannya) dan harapnya juga, ia (drama atau filem yang) tertulis untuk saya, insya-Allah. Sebelum berhijrah pada 2019, saya memang agak berhati-hati memilih watak dan sentiasa menitiberatkan pendapat mereka yang dekat dengan saya," tambah beliau.
Menemuinya selepas sidang media KRU baru-baru ini, Lisa yang sebelum ini popular menerusi watak Dian dalam filem Istanbul Aku Datang ini bagaimanapun menafikan bahawa keterbatasannya beraksi di pentas lakonan berpunca daripada suaminya yang menetapkan syarat-syarat tertentu.
Malah, pemenang anugerah pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 dan 26 ini berkata suaminya yang juga anggota kumpulan trio adik-beradik KRU, tidak pernah menetapkan sebarang syarat kepadanya dalam mengukuhkan lagi sayap di dunia seni.
"Sebaliknya, dia lebih memberi sokongan di atas keputusan yang (saya) buat. Alhamdulillah, dari awal perkahwinan lagi, ada persefahaman yang cukup baik antara saya dengan suami, bahkan tidak pernah pula ada situasi (dia tidak beri saya ambil apa-apa tawaran). Biasanya, dia akan okey sahaja.
"Suami memang tidak masuk campur dalam kerjaya seni saya (tidak kiralah lakonan, model atau pengacara). Dia cuma terlibat apabila saya tanya pendapat dia mengenai sebarang tawaran yang diterima," katanya.
Menginginkan yang terbaik, Lisa, anak keempat daripada lima beradik ini berkata semestinya beliau menyimpan harapan tinggi pada tahun ini untuk melihat perjalanan karier seninya serta kehidupannya bersama-sama dengan keluarga tercinta sentiasa dipermudahkan.
Di samping menaruh impian untuk menyaksikan layar perniagaannya, Suri yang diusahakan bersama Nori Malaysia Sdn Bhd dengan memberi fokus kepada produk berasaskan penjagaan serta rawatan rambut khusus bagi mereka berhijab, dapat diperkukuhkan lagi.
"Saya sekarang di peringkat kehidupan yang saya rasakan mustahil akan berlaku sesuatu tanpa izin Allah. Harapnya Allah izinkan lagi, supaya jenama Suri dapat berkembang (dengan) baiknya, di mana yang bersesuaian dengan kemampuan saya.
"Harapnya, (tahun ini) saya dapat melunaskan tanggungjawab sebagai ibu dan menjaga amanah-amanah Allah ini dengan sebaiknya bersama dengan suami," katanya.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
BNM international reserves end 2024 higher at US$116.2 bln y-o-y Bernama 08/01/2025 The central bank's international reserves stood at ...
-
35 celebs affected by Pacific Palisades fire: Full list and details prestigeonline Jan 10, 2025 The Pacific Palisades fire of 2025 has left...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
Blog Archive
-
▼
2025
(746)
-
▼
Jan 2025
(746)
- JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
- MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan...
- Lebih dua jam berdiri baca 89 pertuduhan kes pesar...
- Tujuh Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah...
- Pengawal keselamatan didakwa miliki tiga parang ta...
- President Yoon was reluctant to give information
- Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penem...
- Skuad boling lelaki negara muncul juara Piala Duni...
- Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik li...
- Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
- Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum se...
- Kabinet tak arah AGC mohon perintah tutup mulut - ...
- 'Muhyiddin, Hamzah, Tuan Ibrahim, Samsuri antara l...
- Remaja 16 Tahun Akan Ditahan Selepas Rawatan
- Sudah Bayar RM400,000 Tetapi Ahlong Minta RM650,00...
- MARii lantik Aminar Rashid pengerusi baharu lembag...
- Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara l...
- Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berik...
- Bekas CEO Tabung Haji Nik Hasyudeen Yusoff dilanti...
- Pengarah Majlis Bandaraya Diraja Klang didakwa ter...
- TRAVEX 2025 himpun peserta dari 42 negara
- Treler minyak sawit terbabit kemalangan di Bidor
- Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
- Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran ...
- Imam Dituduh Terima Suapan Daftar Nikah Siam
- Lisa Surihani masih berlakon, pilih naskhah punya ...
- US SEC sues Musk over Twitter acquisition
- PM Anwar bertemu rakan sejawatan di London
- Secret UK files detailing confessions of Cambridge...
- South Korean investigators arrest impeached Presid...
- Elak saman, pemandu lori bergerak tengah malam, aw...
- Sindiket Seludup Rokok Dan Arak Ditumpas
- 'Tetap salah KK Mart juga' - Pemuda Umno lancar ke...
- PGA Rampas Pelbagai Barangan Bernilai RM700,000
- Pesara Jurutera Berputih Mata Rugi RM9.5 Juta
- Najib bayar RM246,000 untuk Lim Peng Soon urus lam...
- SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
- Seorang Lagi Maut Nahas Lima Kenderaan Di Kuching
- Because of 'Brad Pitt,' French woman is depressed,...
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- Banjir: Bomba bantu pindah calon SPM ke asrama
- Uzma Bhd berjaya lancar satelit pemerhatian bumi r...
- VIRAL SATU DUNIA - KHABIB DIHALAU TURUN DARI PESA...
- Chelsea 2-2 Bournemouth | 2024/25 Premier League H...
- Nottingham Forest 1-1 Liverpool | 2024/25 Premier ...
- Brentford 2-2 Manchester City | 2024/25 Premier Le...
- 44 arrested for rape of teenage girl in southern I...
- Remaja ditahan memandu tanpa lesen, akibatkan kema...
- Najib nafi belanja jutaan ringgit untuk tingkatkan...
- Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman
- Pekerja kontrak maut terkena renjatan elektrik ket...
- PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja lima hari
- 3 lelaki didakwa atas kesalahan pornografi kanak-k...
- Enjin Terlalu Panas Cetuskan Kebakaran
- SPRM, BNM tumpaskan sindiket rasuah syarikat perun...
- Penyanyi 'Bae Soba Bae', lima yang lain mengaku am...
- Nahas pelajar UiTM Dungun: Pendakwaan semula peman...
- US Justice Dept releases report on Trump attempt t...
- Indonesia plans minimum age for social media use
- Women's restrooms and new tiles at Batu Caves to b...
- Sembilan lelaki menyamar anggota penguat kuasa, ro...
- Polis nilai keperluan sambung reman 4 individu ter...
- KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesi...
- Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
- KKM tidak berhasrat tarik balik larangan merokok d...
- Here’s the latest on what caused the fire
- Jual murah, beli mahal, kenapa nak rugikan duit ra...
- Dadah sintetik ATS pilihan utama penagih dadah di ...
- Kereta hilang kawalan, remaja antara empat maut
- Ramanan umum peruntukan terbesar RM100 juta untuk ...
- Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tommy Thom...
- Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di ...
- Undang-undang pembiayaan politik komprehensif perl...
- Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Klang
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri
- Masuk kawasan larangan KLIA, penulis warga UK dide...
- Lelaki dipenjara 16 bulan sembunyi wang pelaburan ...
- Kerugian akibat kebakaran di California meningkat ...
- UiTM nafi dakwaan paksa mahasiswa bukan Islam sert...
- Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetap...
- Sijil nikah anak menteri sah, perkahwinan disorok ...
- Wanita Sebabkan Kematian 3 Pelajar UiTM Layak Dibi...
- Penyanyi 'Soho' Kelantan Dibicara Di Narathiwat
- Azalina tak setuju GAG order terhadap Titah Adendum
- Guru didakwa cabul murid darjah enam dalam rumah h...
- Permohonan Cabar Penahanan CEO GISBH, Isteri Ditolak
- Bas Rombongan 24 Jemaah Surau Terbabit Nahas Rempu...
- Tuanku Muhriz mahu tindakan tegas terhadap pihak m...
- RESPONS DR AKMAL LEPAS JAKIM SAHKAN LOGO HALAL PALSU
- Larang ulas adendum buat rakyat percaya ada rahsia...
- Lebih 300 Jemaah Umrah Terkandas
- Rafizi Kini Bergelar Datuk Seri
- Buaya Terlepas Dari Kandang
- Fenomena Air Pasang Besar
- WARGA ASING "SCAM" PEMANDU GRAB
- Rogol Adik Kandung, Nelayan Dihukum Penjara 40 Tah...
- Bapa Maut, Dua Anak Cedera Dalam Nahas Di LPT2
- Lelaki Maut, Isteri Cedera Kereta Terbakar
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- Bursa Malaysia dibuka tinggi
-
▼
Jan 2025
(746)