Translate
08 January 2025
Ketiadaan integriti, manipulasi kewangan mampu lenyapkan kekayaan syarikat - Pakar
Ketiadaan integriti, manipulasi kewangan mampu lenyapkan kekayaan syarikat - Pakar
Bernama
08/01/2025
Individu tiada integriti yang berada dalam kedudukan tinggi dan mempunyai kuasa boleh menyalahgunakan kedudukan dengan memperdaya pihak lain dalam organisasi. - Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR: Seorang bekas akauntan bertauliah dengan kepakaran serta pengalaman luas dalam sektor swasta, mengingatkan keuntungan besar serta kekayaan diraih sesebuah syarikat mampu dimusnahkan aktiviti penipuan serta manipulasi kuasa oleh mereka yang tidak jujur.
Panirselvam Ayadurai berkata individu tiada integriti yang berada dalam kedudukan tinggi dan mempunyai kuasa boleh menyalahgunakan kedudukan dengan memperdaya pihak lain dalam organisasi untuk menerima atau memperakui transaksi tidak sah dan menggunakan aliran tunai bagi kepentingan kewangan mereka.
"Para pemegang saham akan rugi sekiranya amalan tidak beretika ini tidak dihapuskan daripada sistem syarikat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau yang juga seorang pensyarah, berkata demikian selepas pelancaran buku bertajuk "Essentials of Financial Accounting".
Buku perakaunan setebal 428 muka surat itu dihasilkan bersama oleh Panirselvam dan anak perempuannya, Gayatri Panirselvam.
Panirselvam berkata antara bukti penipuan korporat termasuk pembelian aset yang tidak wujud secara fizikal atau nyata dan hanya wujud di atas kertas namun dianggap sebagai aset syarikat.
Sebagai contoh, kewujudan sebuah kereta yang pendaftarannya berkemungkinan bukan di atas nama syarikat sebaliknya di bawah pegangan individu tanpa sebarang kuasa yang sah.
Merujuk skandal kewangan besar-besaran yang menumbangkan syarikat terkemuka Enron dan WorldCom di Amerika Syarikat (AS) selain skandal sama turut berlaku di Malaysia, beliau berkata etika dalam perakaunan kewangan itu adalah penting bagi melindungi kekayaan pemegang saham selain meningkatkan lagi nilai saham.
Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan perakaunan kewangan dilakukan secara bebas tanpa campur tangan atau pengaruh tidak wajar kerana transaksi dan perkara yang berlaku adalah berdasarkan bukti dokumen sebenar dan sah.
Penipuan korporat ini, katanya, dilakukan oleh mereka yang tamak dan kekurangan moral sehingga tergamak bertindak memalsukan transaksi yang tidak wujud atau dokumen palsu bagi menunjukkan transaksi perniagaan hanya di atas kertas dan bukan secara realiti.
Enron merupakan sebuah syarikat perdagangan tenaga dan disenaraikan syarikat ketujuh terbesar di AS, namun berakhir apabila memfailkan kebankrapan pada 2001 selepas terbabit skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara maju itu.
WorldCom yang juga sebuah syarikat telekomunikasi pula terbabit dalam salah satu skandal perakaunan terbesar.
Di peringkat tempatan, skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjadi kes skandal kewangan terbesar Malaysia yang membabitkan nilai mencecah berbilion ringgit.
Bagi Panirselvam, bukan sistem dan kawalan dalaman yang dipertikaikan sebaliknya figura korporat dan mereka yang tiada sikap murni dan integriti profesional sehingga tergamak melakukan aktiviti penipuan sedemikian dengan menyalahgunakan kedudukan demi mengaut kepentingan kewangan.
Atas alasan ini, beliau menegaskan kepentingan pelaporan kewangan oleh syarikat serta isu-isu bukan berkaitan lain yang boleh terjejas jika dipengaruhi oleh amalan tidak beretika.
Menurutnya, ini penting memandangkan sebarang perbuatan yang cenderung terhadap perbuatan penipuan laporan korporat, boleh memberi kesan serius terhadap syarikat, produk, perkhidmatan dan masa depan perniagaan itu.
Pada masa sama, beliau mengingatkan bahawa keadaan semasa juga membolehkan sistem komputer menjadi akses mudah untuk mencuri maklumat dan digunakan untuk tujuan mendapat kelebihan kewangan dengan menggunakan aset serta peralatan syarikat.
Berikutan itu, tegasnya, audit dalaman mempunyai tanggung jawab serius untuk memastikan semua bidang risiko kritikal organisasi tertakluk kepada pemeriksaan audit seberapa kerap mungkin.
Panirselvam berkata aspek pengesahan dan had dasar terhadap urus niaga juga perlu dikaji semula secara berkala.
Menyentuh buku perakaunan yang dilancarkan pada hari ini, beliau berkata aspek pelaporan kewangan bagi entiti swasta atau perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia perlu diberi penekanan khusus.
Bersandarkan kepentingan itu, buku berkenaan menyediakan teks kajian yang penting sebagai rujukan penuntut perakaunan, memaparkan trend semasa dalam amalan perakaunan kewangan di Malaysia dan membolehkan pemahaman lebih baik mengenai dunia perniagaan.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
BNM international reserves end 2024 higher at US$116.2 bln y-o-y Bernama 08/01/2025 The central bank's international reserves stood at ...
-
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam Bernama 06/01/2025 Tiada keperluan untuk amaran awam atau panik mengenai Human...
-
ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin di WTKL Astro Awani 05/01/2025 Tangkap layar video tular memaparkan kekecohan me...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
Blog Archive
-
▼
2025
(453)
-
▼
Jan 2025
(453)
- Pelakon Jadi Mangsa Sindiket Pemerdagangan Manusia
- Pardons board meeting minutes are confidential, sa...
- Doktor Cuai Tinggal Pesakit Untuk Keluar Minum
- Polis rampas pelbagai dadah bernilai lebih RM13.59...
- KPDN Pulau Pinang rampas pelbagai barangan bernila...
- Mandela’s grandson arrested for hijacking, unlicen...
- MoE denies leak of 2024 SPM History paper
- Celebrities lose homes and flee as Los Angeles fir...
- India stampede: Six dead as thousands gather for f...
- Japanese PM Ishiba arrives in Malaysia for two-day...
- Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki...
- Peniaga didakwa miliki 148 senjata tiruan
- Muslim Kitchen Tapi Tiada Sijil Halal -KPDN, JAIS ...
- Pereka Fesyen Razman Razmi Dipukul
- Pas Gesa King Sing Letak Jawatan
- Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan tidak akan did...
- Bekas petugas ASNB cawangan Sibu didakwa pecah ama...
- Bekas pengurus besar PPNT gagal rayuan ketepikan s...
- Polis nyahaktif objek menyerupai bahan letupan di ...
- Perdana Menteri Jepun tiba di Malaysia untuk lawat...
- Chegubard cancels plan to lodge report on alleged ...
- PENIAGA JUAL DURIAN BUFFET TAPI HARGA TULISAN CINA...
- Polis buru lelaki curi beg di medan selera
- Guru ditahan, cabul murid tahun enam dalam rumah h...
- All 5 living presidents to attend Jimmy Carter fun...
- Presiden Prabowo Tiba di Kuala Lumpur, Malaysia, 9...
- Rumah Kongsi Diserbu, 153 PATI Ditahan
- MCMC rakam percakapan ADUN Sungai Burong mengenai ...
- Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepeng...
- Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan
- Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
- Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65....
- Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat s...
- Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan...
- Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-...
- PM Jepun Ishiba adakan lawatan rasmi dua hari ke M...
- Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamat...
- Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal...
- Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan...
- Tiong kesal kecaman PN, perjelas sebab montaj TMM2...
- Tiga Cedera, Nahas Babit Lori Treler Dan Bas Persi...
- Lelaki Kongsi Pengalaman Satu PENJARA Dengan Najib...
- Bayi 4 Bulan Sudah Tidak Bernafas
- 13 lagi pemeriksa kenderaan ditahan
- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
- KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Seja...
- Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan kerja
- Tottenham Hotspur 1-0 Liverpool | Carabao Cup High...
- Video TMM2026: Fokus untuk promosikan Malaysia, bu...
- Penunggang motosikal maut leher terkena kabel tele...
- Rasuah pemeriksaan kenderaan berat: 13 lagi pemeri...
- Ketua Hakim Negara yakin PM Anwar terus komited te...
- Konsert: Cadangan saringan air kencing libatkan in...
- Empat kesan tembakan dikesan di badan mangsa
- #KiniNews: Fahmi responds to claims Najib’s addend...
- Man fatally shot at restaurant in Johor Bahru
- 1MDB: Najib akui kadangkala boleh buat silap
- Efforts underway to repatriate Palestinian nationa...
- Malaysia says royal document granting home detenti...
- BNM international reserves end 2024 higher at US$1...
- Trump will not rule out force to take Panama Canal...
- The child rape scandal dominating UK politics afte...
- What happens after the TikTok ban?
- Seorang Melecur, Kereta Mewah & Lori Tangki Hangus
- KEMALANGAN 8 KENDERAAN DI AYER KEROH, MELAKA TERMA...
- Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem ...
- Terbuka Malaysia: Kebangkitan menakjubkan bawa Ee ...
- Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri seh...
- KPDN rampas cecair pencuci pakaian tiruan bernilai...
- Semakan tawaran kemasukan MRSM 2025 diumum Isnin -...
- 38 pendatang tanpa izin ditahan di Kinta, Perak Te...
- Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$116.2 bilion p...
- Syarikat keselamatan, empat pengarah didakwa gagal...
- SPRM Perlis tahan dua kakitangan badan berkanun di...
- Insiden Kebocoran Bumbung Semasa Badminton Terbuka...
- Lelaki mati ditembak ketika sedang makan dengan rakan
- Doktor Cuai - Pekerja Bank Dapat Ganti Rugi RM850,...
- APMM tingkat kekerapan rondaan kekang pencerobohan
- Lelaki dituduh patah jari isteri, ugut bunuh keran...
- Kastam Sabah rampas dadah bernilai lebih RM2.89 juta
- Saya Difitnah, Dilabel Musuh Islam Semata-Mata Unt...
- Kerajaan tak sorok titah adendum, ikut proses di m...
- Terbuka Malaysia 2025: Soon Huat-Shevon mara ke pu...
- Miliki hasil penerbitan larangan berkaitan Al-Arqa...
- ASEAN perlu capai kata sepakat dalam pelaksanaan c...
- Ketiadaan integriti, manipulasi kewangan mampu len...
- Peniaga mengaku salah hina Agong di media sosial
- Pemandu bas ekspres parah, kemalangan libat lapan ...
- 'Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undan...
- Polis terima 182 laporan terhadap Hannah Yeoh
- Bumbung Axiata Arena bocor, PSM mohon maaf
- Lesen Layang-Layang Island Resort dibatalkan - MOTAC
- Hanya Perdana Menteri, JAC boleh cadang calon jawa...
- Trump Issues Boldest Warning Yet To Hamas If Hosta...
- e-PCB Plus ganti sistem perkhidmatan potongan cuka...
- Peniaga Gerai Makanan Membuat Hantaran Hina Agong ...
- Warga Emas Cabul Anak Jiran Enam Tahun Ditahan, Ma...
- Ringgit mendatar berbanding dolar AS ketika dibuka
- LAKI MUSTANG SOUND MAKWE KANTOI OTW BUAT PR0JEK DE...
- Visit Malaysia 2026 has officially launched!
-
▼
Jan 2025
(453)